WhatsApp Image 2022-09-22 at 1.47.49 PM
WhatsApp Image 2022-09-22 at 1.47.49 PM

“Hancur harapan mereka” - Cikgu terkilan murid tersingkir pertandingan bahas akibat gangguan internet dan elektrik

Adlan Farhan Azwan
22 Sep 2022 01:53pm
A
A
A

Dalam usaha melahirkan murid cemerlang sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum, kemudahan atau fasiliti sekolah turut memainkan peranan penting.

Ini kerana dengan adanya kemudahan dan fasiliti yang kondusif, murid-murid dapat meningkatkan lagi daya tumpuan mereka bagi mengikuti proses pembelajaran.

Antara kemudahan yang dilihat sudah menjadi satu kewajipan di sekolah ialah capaian internet dan elektrik yang stabil terutamanya apabila pandemik Covid-19 melanda negara sejak dua tahun lalu.

Oleh itu, masalah dari segi capaian internet ataupun sambungan elektrik yang baik terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar seharusnya tidak lagi menjadi satu isu.

Sebaliknya, itulah yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai Arip, Sibu, Sarawak apabila terputus bekalan elektrik dan internet yang menyebabkan sekolah itu tersingkir daripada Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sarawak 2022 yang diadakan baru-baru ini.

Menurut salah seorang gurunya, Cikgu Michael Bandang Tinggai, 25, kegagalan internet dan sumber elektrik untuk berfungsi dengan baik telah ‘meranapkan’ impian empat murid yang mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selangau di pertandingan tersebut.

Katanya, dia bersama seorang lagi guru, Cikgu Jacklyn Ming Mering, 31, telah melatih keempat-empat murid itu Chrystcella Sambun Atan, 12; Jezzyvelle Eveoniey Nuyah Tony, 11; Patrick Tajem Kindy, 11 dan Shchallixzty Rashenda Edward Serit, 10, selama berbulan-bulan sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan itu.

[embed]https://www.tiktok.com/@michaelbandangwlb71/video/7145370862068256027[/embed]

“Semasa pertandingan bermula pada pusingan pertama menentang PPD Samarahan, semua sudah bersedia dan peralatan juga dalam keadaan baik. 

“Namun, ketika tiba giliran seorang murid untuk berbahas, tiba-tiba bekalan elektrik terputus dan liputan internet juga hilang.

“Saya dan cikgu pembimbing bergegas untuk mencari dan bertanya tentang keadaan elektrik tetapi keadaan ini di luar kawalan kami,” katanya yang dipetik dari Borneo Network, baru-baru ini.

Cikgu Michael juga memberitahu, dia bersama murid yang terlibat terpaksa membuat keputusan untuk menaiki kereta bagi mencari liputan internet di luar kawasan.

“Saya dan mereka yang terlibat bergegas membawa semua alat peranti dengan harapan ada liputan internet di jalan utama Sibu-Selangau.

“Malangnya, tiada malah untuk menghubungi pihak penganjur juga tidak berjaya,” jelasnya.

Setelah berjaya mendapatkan capaian internet, Cikgu Micheal berjaya menghubungi pihak penganjur tetapi terpaksa akui dengan keputusan penganjur yang memaklumkan masa kecederaan telah tamat dan sekali gus menyebabkan mereka tersingkir daripada pertandingan tersebut. 

“Murid-murid menangis sebab tidak dapat bertanding lagi, hancur harapan mereka, saya sendiri pun tidak dapat buat apa-apa lagi. 

“Berbulan berlatih, berakhir begini sahaja, hujung minggu digunakan untuk berlatih, siang dan malam bersama mereka.

Artikel berkaitan

Sekolah Sultan Alam Shah muncul juara Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-47

Bantu pasang capaian internet di sekolah terpilih, projek khidmat komuniti pelajar universiti berjaya

Karnival Robotik dedah dunia teknologi digital


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan