Penglibatan pelajar dalam unit beruniform lahir pemimpin berwibawa
Penglibatan pelajar dalam unit beruniform lahir pemimpin berwibawa

Penglibatan pelajar dalam unit beruniform lahir pemimpin berwibawa

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
01 Jun 2022 12:12pm

Aktiviti kokurikulum semasa berada di universiti merupakan aktiviti yang boleh mencungkil pelbagai bakat mahasiswa.

Walaupun aktiviti sebegini sudah diwujudkan di peringkat sekolah rendah dan menengah namun di menara gading, cabarannya cukup besar.

Timbalan Komandan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mejar Rozaimi Kamarudin berkata, aktiviti kokurikulum terbahagi kepada beberapa bahagian dan salah satunya adalah unit beruniform.

Unit beruniform adalah badan yang melaksanakan aktiviti sama seperti pekerjaan hakiki pelajar. Pelaksanaan ini dapat menerapkan nilai-nilai penting terhadap diri pelajar sekaligus menjadi tunggak utama peningkatan nilai siswa dalam kemahiran insaniah.

Sambungnya lagi, unit beruniform sentiasa menerapkan disiplin yang sangat tinggi dalam kalangan anggotanya.

“Antara penerapan yang dilakukan ialah mahasiswa sentiasa menepati masa. Ini kerana masa adalah medium yang sangat penting dalam menyelesaikan sesuatu tugas,” katanya dengan menambah nilai yang diberikan melalui penyertaan dalam unit beruniform seperti PALAPES dapat menjadikan siswa lebih matang ketika membuat sesuatu tugasan dan ia menjadi kebiasaan bagi mereka untuk menyelesaikan sesuatu kerja dalam keadaan yang tertekan.

Rozaimi berkata, unit beruniform seperti PALAPES, Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), Kor Siswa- Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA), Kor Siswa Bomba dan banyak lagi, bukan sekadar ditubuhkan untuk memenuhi keperluan universiti, tetapi manfaatnya lebih daripada itu.

“Selain membentuk sahsiah pelajar supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab serta menjadi kebanggaan keluarga, unit beruniform di universiti juga menawarkan insentif berbentuk elaun kepada mahasiswa yang menyertainya,” kata Rozaimi yang juga Ketua Bahagian Operasi Jabatan Keselamatan USIM.

Sementara itu, Pegawai Kadet Senior PALAPES USIM, Muhammad Hazim Mat Zin berkongsi sedikit pengalaman sepanjang terlibat dalam pasukan tersebut.

“Penglibatan dalam PALAPES di universiti sangat mencabar kerana latihan yang dilaksanakan adalah mengikut perancangan Latihan Kolej Pegawai yang mana ia dilaksanakan selama tiga tahun sepanjang pengajian.

Muhammad Hazim

Walaupun nampak sukar dan mencabar, namun ia bukan halangan utama untuk saya kekal bersama PALAPES di kampus ini,” ujarnya yang melahirkan harapan agar penglibatan siswa dalam unit beruniform di universiti mampu melahirkan graduan yang bermutu dan berkualiti kelak.

Artikel berkaitan 

Khalifa guru Malaysia pertama dinobatkan sebagai pemenang Global 2022 Cambridge Dedicated Teacher Awards

Guru dan pelajar, ini 6 tip kekal sihat di musim panas.

Ezzati Hanis, duta kecil Malaysia jadi inspirasi guru dan pelajar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp
Artikel Disyorkan