Ustaz Fadzrol sanggup lakukan apa sahaja demi penuhi minat generasi muda jadi bilal, ramai salute!
Ustaz Fadzrol sanggup lakukan apa sahaja demi penuhi minat generasi muda jadi bilal, ramai salute!

Ustaz Fadzrol kongsi ilmu dan kemahiran menjadi muazin, warga maya kagum!

Roshlawaty Md Raieh
02 Aug 2022 03:21pm
A
A
A

Menjadi bilal atau muazin bukanlah satu tugas yang mudah. Ini kerana, ia memerlukan ilmu dan kemahiran yang secukupnya dalam melaksanakan apa sahaja tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.

Menurut Ustaz Fadzrol Pathil, 35, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Muadzam Jaya, Pahang, generasi muda hari ini begitu berminat dan berbakat menjadi muazin, cuma ada beberapa perkara yang perlu murid-murid pelajari daripada mereka yang berpengalaman.

Tambah beliau, dia dan rakan-rakannya (yang merupakan guru dari beberapa buah sekolah) telah membuat keputusan untuk berkongsi ilmu dan kemahiran menjadi seorang muazin kepada generasi muda menerusi siri latihan yang dianjurkan.

“Saya merupakan muazin di Surau Taman Redan Perdana (TRP), Muadzam Jaya, Pahang. Kerana itu, saya terpanggil untuk menyalurkan kembali kemahiran dan pengalaman sebagai muazin untuk anak-anak muda yang tinggal di TRP dan kebanyakannya terdiri daripada murid-murid SK Muadzam Jaya, SK Muadzam Shah dan juga SK Bukit Ridan

“Diakui, terdapat permintaan tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sekolah di taman perumahan TRP yang mahu mempelajari, memperdalamkan ilmu dan kemahiran sebagai muazin.

“Cuma mungkin saluran pembelajaran itu tiada. Oleh sebab itulah, saya dan rakan-rakan mahu mengajar dan memberi latihan yang secukupnya pada mereka di surau TRP ini mengikut jadual yang telah disediakan,” kata Ustaz Fadzrol yang juga merupakan seorang guru Pendidikan Islam.

Berkongsi ilmu dan pengalaman

Sementara itu, Ketua Desa TRP, Ustaz Muhammad Farid Wajdie melahirkan rasa gembira atas kerjasama erat warga taman perumahan khususnya guru-guru yang sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman demi kebaikan masa depan generasi muda.

“Saya selaku Ketua Desa TRP berterima kasih kepada cikgu-cikgu yang tinggal di sini kerana bersedia memberi sumbangan mengikut kemahiran dan kepakaran demi kebaikan generasi muda.

“Diharapkan segala usaha yang baik ini akan dipermudahkan oleh ALLAH,” ujarnya yang juga merupakan salah seorang guru di SK Muadzam Jaya.

Dalam pada itu, seorang peserta yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muadzam Jaya, Pahang, Mohd Daniel Moha Safra berkongsi sedikit pengalaman sepanjang mengikuti modul latihan di surau TRP kendalian barisan ustaz yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Ilmu dan kemahiran yang diberikan oleh semua ustaz ‘cukup mahal’. Ia tidak mungkin diperoleh jika tidak mengikuti latihan yang dianjurkan.

“Saya berharap sesi pembelajaran seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa supaya saya dan rakan-rakan lain dapat menjadi seorang Muslim serba boleh yang sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan keagamaan,” ujarnya.

Artikel berkaitan 

Hasil berlatih tanpa jemu, atlet SeMShah akhirnya bergelar raja pecut daerah

Nota ringkas Sains tulisan tangan Cikgu Nur Faralina buat pelajar bersemangat nak belajar

Ini 6 tip yang perlu ada pada seorang doktor gigi!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan