pelajar-spm-didiktv
pelajar-spm-didiktv

(VIDEO) Hanya sebulan bersekolah, pelajar ini tetap peroleh keputusan SPM cemerlang dengan bantuan DidikTV

Adlan Farhan Azwan
06 Jul 2022 12:38pm
A
A
A

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itulah pepatah sesuai bagi menggambarkan kesungguhan dan keazaman seorang pelajar dalam sebuah video yang dikongsikan di laman TikTok, baru-baru ini.

Video yang dikongsikan oleh Cikgu Najwan Ismail itu memaparkan seorang pelajar hanya sempat bersekolah selama sebulan saja ketika berada di Tingkatan Satu dan tidak meneruskan persekolahan sehinggalah berusia 17 tahun.

[embed]https://www.tiktok.com/@weynajwan/video/7116120836238495003?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7062922595423651330[/embed]

Bagaimanapun, dia berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Menurut Cikgu Najwan, suatu peristiwa telah menimpa pelajar berkenaan sehingga dia mengalami trauma untuk ke sekolah.

“Pelajar tersebut tidak keluar dari rumah, kemurungan, kesunyian dan langsung tidak bergaul dengan orang.

"Pelajar itu merupakan antara pelajar yang pintar dan menjadi kebanggaan sekolah ketika berada di sekolah rendah,” jelasnya menerusi video yang berdurasi 55 saat itu.

Beliau berkata, segalanya berubah pada 2021 apabila keazaman untuk mengubah masa depan kembali membuak-buak dalam diri pelajar yang berasal dari golongan kurang berkemampuan itu.

“Setiap hari dia menghadap DidikTV dan hanya mengikuti pembelajaran secara dalam talian tanpa guru, mahupun sebarang kelas tuisyen, cuma semangatnya yang menjadi pembimbing utama,” ujar Cikgu Narwan.

Meskipun terpaksa mendaftar sebagai calon persendirian untuk kerana tidak bersekolah, hasilnya tetap membanggakan apabila pelajar tersebut berjaya meraih keputusan cemerlang 6A 1B untuk peperiksaan SPM yang diumumkan baru-baru ini.

Cikgu Najwan mengakui sebahagian besar kejayaan pelajar itu disebabkan saluran khusus TV Pendidikan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) iaitu DidikTV KPM.

Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 370,000 jumlah tontonan dengan hampir 38,000 tanda suka.

Rata-rata pengguna laman itu turut meluahkan rasa terharu dan tersentuh dengan semangat yang dimiliki oleh pelajar tersebut walaupun berdepan kesukaran untuk ke sekolah seperti rakan-rakan sebayanya yang lain.

@sirremysains:Tahniah adik ibu ayah dan keluarga yang menjadi pendorong kepada adik ini. Saya cikgu Sains dalam video ini. Tersentuh saya tengok video ini.

@zira1009: Selepas tengok keputusan dia, Masya-ALLAH, sangat tersentuh. Anak yang tidak ke sekolah, tetapi mempunyai semangat juang yang tinggi. Semoga kamu terus maju jaya dik, tahniah.

@user985292175333: Kalau bersemangat untuk menimba ilmu dan ingin berjaya, cara apa sekalipun tidak menjadi halangan. Adik dah buktikan. Saya doakan apa yang diingini akan dimakbulkan oleh ALLAH.

Artikel berkaitan

(VIDEO) Sanggup berhenti sekolah, kanak-kanak 10 tahun tolong ibu berniaga undang simpati warganet

Siswazah Malaysia kongsi 13 tip peperiksaan di Universiti Al-Azhar, Mesir

Bekerja sambil belajar, mahasiswa UTM kini pemilik perniagaan cendawan berjaya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan