PPDP Islam 2023 yang diadakan di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor baru-baru ini.
PPDP Islam 2023 yang diadakan di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor baru-baru ini.

150 peserta sertai simposium perkasa amalan terapi psikospiritual Islam

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
10 Mar 2023 02:41pm
A
A
A

Seramai 150 peserta menyertai Simposium Amalan Terbaik Perawatan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) Islam 2023 yang diadakan di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor baru-baru ini.

Simposium itu merupakan usaha dalam memperkasa amalan terapi psikospritual dalam perawatan penyalahgunaan dadah.

Naib Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani berkata, simposium berkenaan merupakan platform menghimpunkan pengamal-pengamal pusat pemulihan dadah berteraskan psikospritual Islam.

Beliau menambah, ia melibatkan pengamal-pengamal kaunseling, pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli akademik dan wakil-wakil agensi kerajaan yang terbabit dalam rawatan serta pemulihan penyalahgunaan dadah di negara ini.

Seramai 150 peserta menyertai Simposium Amalan Terbaik Perawatan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) Islam 2023 yang diadakan di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor baru-baru ini.
Seramai 150 peserta menyertai Simposium Amalan Terbaik Perawatan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) Islam 2023 yang diadakan di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor baru-baru ini.

“Simposium ini diharap dapat menjadi perangsang kepada perkongsian idea dan amalan terbaik dalam usaha menawarkan rawatan serta pemulihan penyalahgunaan dadah secara lebih berkesan sekali gus memberi manfaat kepada ummah.

“Saya yakin semua peserta telah mendapat manfaat yang banyak daripada pengisian dan perkongsian simposium yang berlangsung selama dua hari ini dan berharap semua pihak berkepentingan dapat menyediakan garis panduan ataupun manual menepati piawaian bagi pusat-pusat rawatan pemulihan dadah persendirian (PPDP) berasakan Islam di negara,” katanya selepas majlis penutup simposium berkenaan baru-baru ini.

Majlis penutup tersebut dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Artikel Berkaitan:

Mohd Na'im
Mohd Na'im

Simposium berkenaan merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Asian Centre for Research on Drug Abuse (ACREDA), USIM dan Malaysian Association of Drug Addiction Counselors (MADAC).

Sementara itu, Mohd Na'im berkata, integrasi ilmu Naqli dan Aqli amat diperlukan dalam usaha membimbing, merawat dan memulihkan penyalahgunaan pesakit dadah.

“Ia dilihat dapat membantu transformasi diri dalam memahami tujuan kehidupan di dunia malah peranan dan tanggungjawab sebagai khalifah ALLAH SWT.

“Pendekatan dalam rawatan dan pemulihan dadah perlu berasaskan kaedah saintifik yang ditunjangi oleh ajaran agama Islam agar lebih strategik serta komprehensif.

“Ia juga perlu melibatkan semua lapisan masyarakat, agensi kerajaan, swasta dan NGO Islam dalam mencari kaedah rawatan terbaik,” ucapnya pada majlis penutup itu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok