Sebahagian warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang menyertai World #QuranHour dan majlis Khatam al-Quran di Masjid UMP Kampus Gambang, Pahang, baru-baru ini.
Sebahagian warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang menyertai World #QuranHour dan majlis Khatam al-Quran di Masjid UMP Kampus Gambang, Pahang, baru-baru ini.

200 warga UMP meriahkan World #QuranHour, khatam al-Quran

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
21 Apr 2023 02:52pm
A
A
A

Kira-kira 200 warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai World #QuranHour dan majlis Khatam al-Quran dalam program yang berlangsung di Masjid UMP Kampus Gambang, Pahang, baru-baru ini.

Program World #QuranHour 2023 merupakan usaha dalam menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan al-Quran agar sentiasa membaca, memahami dan mengamalkannya.

World #QuranHour 1444H berinteraksi dengan Surah al-Insan yang menyasarkan misi Masuk Syurga Sekeluarga dan melahirkan insan al-Abrar.

Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS) UMP, Profesor Madya Dr Hasan Ahmad berkata, umat Islam terutama warga UMP perlu merebut peluang memperhebatkan amal ibadah dalam bulan Ramadan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.

"Bulan yang barakah ini bukan untuk menahan diri daripada lapar, menjaga pandangan, telinga dan pancaindera yang lain tetapi mendidik jiwa supaya bertakwa kepada ALLAH SWT.

Program World #QuranHour 2023 merupakan usaha dalam menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan al-Quran.
Program World #QuranHour 2023 merupakan usaha dalam menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan al-Quran.

Artikel Berkaitan:

"Justeru, rebut peluang dengan bersungguh-sungguh mengejar ganjaran hebat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT kerana keajaiban bulan Ramadan tiada pada bulan-bulan lain," katanya ketika berucap merasmikan majlis Khatam al-Quran dan World #QuranHour baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) UMP, Profesor Madya Dr Rashidi Abbas, Dekan Pusat Sains Kemanusiaan (PSK) UMP, Dr Mohamad Hilmi Mat Said dan Dekan Pusat Sains Matematik (PSM) UMP, Profesor Dr Mohd ZukiSalleh.

Program berkenaan bermula seawal pukul 8.30 pagi didahului majlis Khatam al-Quran yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Islam UMP, Ustaz Md Abdu Sahak yang juga merupakan Pengerusi Sekretariat Rumah Ngaji Pahang.

Ia diteruskan dengan taddabbur surah al-Insan yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Ustaz Mohd Faizan Tajuid.

Dalam pada itu, Hasan menambah, sepanjang bulan Ramadan, PIMPIN telah menganjurkan pelbagai program sepanjang Festival Indahnya Ramadan.

Katanya, ia termasuk program Jom Lepak@Masjid Special Edition yang dianjurkan bagi memeriahkan 10 malam terakhir dengan ibadah qiamullail dan solat tahajud.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok