Digalakkan guna al-Quran bersaiz besar manakala al-Quran kecil sesuai digunakan ketika murajaah sahaja.
Digalakkan guna al-Quran bersaiz besar manakala al-Quran kecil sesuai digunakan ketika murajaah sahaja.

Tip mudah hafal al-Quran

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
05 Jan 2024 08:01am

Kejayaan Maryam Fadhilah Mohd Fadzli yang menamatkan hafalan 30 juzuk al-Quran di Surau Darul Ulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, pada Selasa, memberi kegembiraan luar biasa kepada ibu bapanya.

Ini kerana, menghafal al-Quran bukan mudah apatah lagi kepada mereka yang bergelar pelajar sekolah.

Selain memerlukan kesungguhan dan motivasi tinggi, seorang penghafaz itu perlu bersikap positif demi melancarkan hafalan al-Quran masing-masing.

Maryam Fadhilah, anak Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Mohd Fadzli Arsad merupakan pelajar aliran Tahfiz Model Ulul Albab, SMKA Putrajaya dan dia telah menamatkan hafalan pada hari ulang tahun kelahirannya.

Kecemerlangan Maryam Fadhilah mendorong Sinar Bestari berkongsi beberapa tip penting tentang hafalan al-Quran.

Bazli Zakaria MBZ menerusi laman X miliknya menyenaraikan empat tip iaitu

1) Selepas Asar: Baca (tengok) betulkan tajwid

2) Selepas Maghrib: Mula hafal dan fokus

Artikel Berkaitan:

3) Selepas Subuh: Ulang hafalan semalam, baca kembali di hadapan kawan dan jangan salah.

4) Selepas Isyak: Ulang (murajaah) hafalan semalam sehingga lancar.

Selain itu, Bazli turut berkongsi beberapa peringatan penting dalam memastikan proses menghafal al-Quran lancar.

Antara peringatannya adalah

1) Tinggalkan maksiat (seperti menonton video melalaikan, bacaan lagha, gelak sakan dan sebagainya) agar mudah menghafal.

2) Digalakkan guna al-Quran bersaiz besar manakala al-Quran kecil sesuai digunakan ketika murajaah sahaja. Tidak digalakkan guna (al-Quran kecil) untuk menghafal kerana dikhuatiri huruf tidak jelas disebabkan tulisannya kecil.

3) Ketika menghafal lontarkan suara dengan kuat (bukan menjerit). Ini kerana, bila menghafal dengan mengeluarkan suara kuat, secara tidak langsung kita menggunakan dua kemahiran iaitu membaca dan mendengar.

4) Selepas hafaz, pastikan hafazan disemak oleh mereka yang pakar.

5) Hafazlah dengan bacaan paling baik kerana kebiasaannya hafalan yang pertama ini akan menjadi bacaan kekal kita.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp