Mohd Shukri dan Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid bersama pelajar baharu MSU sesi 2025/2026.
Mohd Shukri dan Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Datuk Dr Junainah Abd Hamid bersama pelajar baharu MSU sesi 2025/2026.

2,115 pelajar MSU lafaz ikrar

Perkukuhkan identiti global dengan pelajar antarabangsa

24 Nov 2025 03:10pm

Management and Science University (MSU) secara rasmi menerima seramai 2,115 pelajar baharu bagi sesi pengajian 2025/2026 menerusi Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baru dan Perlantikan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (SRC) yang berlangsung di Dewan Canselor baru-baru ini.

Majlis anjuran Jabatan Pembangunan Kerjaya dan Pelajar (SCD) itu, menyaksikan Faculty of Business Management & Professional Studies (FBMP) mencatat penyertaan tertinggi dengan 438 pelajar.

Turut memeriahkan majlis ialah pelajar antarabangsa dari 28 negara termasuk Indonesia, China, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Sri Lanka, Timor Leste, Costa Rica, Bosnia Herzegovina, Tanzania, Sudan dan Maghribi.

Keseluruhannya, pelajar antarabangsa MSU kini membabitkan 75 negara.

Pelajar dari dua pusat pengajian baharu iaitu School of Dentistry dan School of Veterinary Medicine turut sama melafazkan ikrar aku janji.

Bacaan ikrar diketuai pelajar program Foundation in Sciences (Bachelor of Pharmacy), School of Pharmacy, Nikki Gail Conrad Majanil di hadapan Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Sementara itu, Majlis Lafaz Ikrar Perlantikan Ahli SRC melibatkan seramai 20 ahli yang diketuai oleh Presiden SRC, Kylie Chin Kai Yi dan pelajar Bachelor in International Business dari FBMP.

Dalam ucaptamanya, Mohd Shukri berharap pelajar dapat memanfaatkan pengalaman sebagai MSUrian untuk menjadi graduan holistik, kompeten dan memiliki kemahiran insaniah.

Artikel Berkaitan:

"MSU mahukan para pelajar membentuk minda menyeluruh dengan menjadi individu yang ingin tahu, aktif terlibat dalam aktiviti universiti, menyertai program mobiliti antarabangsa, berdaya tahan dan mempunyai tujuan hidup.

"Nilai itu penting untuk melahirkan graduan yang berfikiran aras tinggi serta berdaya saing," katanya.

 

Ringkasan AI

  • Management and Science University (MSU) menerima 2,115 pelajar baharu untuk sesi pengajian 2025/2026
  • Faculty of Business Management & Professional Studies (FBMP) mencatat penyertaan tertinggi dengan 438 pelajar
  • Pelajar antarabangsa dari 28 negara termasuk Indonesia, China, dan Amerika Syarikat hadir dalam majlis tersebut
  • Jumlah pelajar antarabangsa MSU kini melibatkan 75 negara
  • Majlis Lafaz Ikrar dan Perlantikan Ahli SRC melibatkan 20 ahli yang diketuai oleh Presiden SRC, Kylie Chin Kai Yi
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp