Muaz Zainal yang kini berkhidmat bersama Cinta Salam Malaysia, menaiki kapal Sirius bersama rakan-rakan lain iaitu Haikal Abdullah, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli, ditahan oleh tentera Zionis ketika dalam perjalanan menuju ke Gaza.
Muaz Zainal yang kini berkhidmat bersama Cinta Salam Malaysia, menaiki kapal Sirius bersama rakan-rakan lain iaitu Haikal Abdullah, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli, ditahan oleh tentera Zionis ketika dalam perjalanan menuju ke Gaza.

Pejuang GSF, Muaz Zainal alumni USIM, titip nasihat sebelum ditahan...'Semoga pelajar baharu dikurniakan kejayaan di dunia & di akhirat'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
03 Oct 2025 05:00pm

Alumni Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muhammad Muaz Zainal Abidin antara anak muda Malaysia yang berani menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Beliau yang kini berkhidmat bersama Cinta Salam Malaysia (badan bukan kerajaan), menaiki kapal Sirius bersama rakan-rakan lain iaitu Haikal Abdullah, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli, ditahan oleh tentera Zionis ketika dalam perjalanan menuju ke Gaza.

No Image Caption

Menurut perkongsian di platform TikTok rasmi USIM, Muaz Zainal berkata, misi GSF merupakan usaha kemanusiaan yang digerakkan aktivis antarabangsa.

Ia bertujuan menghentikan jenayah, memecahkan kepungan dan menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza yang tertindas.

Lebih menyentuh hati, sebelum berlayar menyertai misi berbahaya itu, Muaz Zainal sempat menitipkan pesanan berharga buat pelajar baharu USIM yang baru memulakan perjalanan akademik mereka.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Nikmatilah perjalanan ini bukan sekadar untuk menimba ilmu tetapi ambillah peluang menjadi insan rabbani yang mana akhirnya akan balik menyumbang diri kepada masyarakat ummah dan dunia.

"Gunalah peluang sebaik mungkin kerana pengalaman itulah yang akan menjadikan siapa anda pada masa akan datang.

No Image Caption

"Akhir kata saya doakan semua dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, terus istiqomah menimba ilmu serta beramal dengannya," kongsinya di TikTok sebelum ditahan tentera Zionis.

 

 

Ringkasan AI

  • Muhammad Muaz Zainal Abidin menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza
  • Beliau bersama rakan-rakannya ditahan oleh tentera Zionis dalam perjalanan ke Gaza
  • GSF adalah usaha kemanusiaan untuk memecahkan kepungan dan menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza
  • Muaz memberi nasihat kepada pelajar baru USIM mengenai pentingnya menyumbang kepada masyarakat
  • Sebelum ditahan, dia berpesan kepada pelajar USIM untuk menghargai perjalanan akademik mereka sebagai peluang untuk berkontribusi kepada ummah
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp