Program SULAM Engineering Without Borders berjaya menarik perhatian komuniti setempat hingga mendapat pujian ramai.
Program SULAM Engineering Without Borders berjaya menarik perhatian komuniti setempat hingga mendapat pujian ramai.

26 mahasiswa UiTM puas hati program Engineering Without Borders berjaya!

ROSHLAWATY MD RAIEH
27 Jul 2023 11:45am
A
A
A

Semua institut pengajian tinggi (IPT) di negara ini wajib melaksanakan program Service Learning Malaysia (SULAM) di lokasi pilihan masing-masing.

Setakat ini, SULAM yang merupakan gabungan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat masyarakat itu dilihat mencapai objektifnya apabila kebanyakan penuntut IPT berjaya menganjurkan dengan begitu baik sekali.

Terbaharu, 26 mahasiswa Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor menganjurkan program SULAM iaitu Engineering Without Borders di Perkampungan Orang Asli Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang, Selangor dan berjaya menarik ramai komuniti untuk mengikutinya.

Menurut salah seorang pensyarahnya, Ir Dr Iylia Idris, Engineering Without Borders bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti berkenaan kepentingan bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) pada hari ini.

"Program yang bertemakan Engineering and Sustainabilities of an Environment itu membabitkan penyertaan pelbagai komuniti di kawasan berkenaan seperti penduduk kampung Orang Asli, masyarakat setempat dan pelajar Tahfiz Masjid Al Ulum Sepang, Selangor.

“Pelbagai aktiviti disediakan kepada mereka dan secara keseluruhannya peserta berpuas hati dan berharap akan diadakan lagi program seperti ini pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Bestari.

Ujar Iylia, program yang berkolaborasi bersama Rakan Alam Sekitar UiTM, Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia dan McDonald’s Sepang itu dijalankan seharian dan telah dibahagikan kepada dua sesi.

“Pada sesi sebelah pagi, program bermula dengan majlis perasmian dan tinjauan ke reruai yang disediakan pihak penganjur.

“Sepanjang sesi lawatan ke reruai, sebanyak empat aktiviti telah dijalankan iaitu Beeswax wrap, Smart Dustbin, Water Filter dan Eco Enzyme Fruit Skin,” jelasnya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Menurut Iylia, aktiviti Beeswax wrap yang dikendalikan para penuntut UiTM merupakan bahan pembalut makanan yang terdiri daripada kain bersalut, biasanya kapas.

Ia dibuat dengan memasukkan kapas dengan lilin lebah gred makanan, rosin, minyak kelapa dan minyak jojoba.

Balutannya boleh dibentuk, boleh digenggam dan melekat. Ia boleh dibentuk di sekeliling bekas atau produk makanan.

“Aktiviti yang dibuat bersama komuniti itu bertujuan mengurangkan penggunaan plastik dalam pembungkusan makanan menggunakan kaedah semula jadi sekali gus memupuk kesedaran dalam menghargai bahan berkenaan.

“Aktiviti ini terdiri daripada lima penuntut yang menerangkan, menjalankan demo dan menghasilkan bahan bersama peserta.

“Bagi Smart Dustbin pula, ia diadakan untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang pengurusan sisa pepejal dan kepentingan memperolah teknologi bagi memudahkan kehidupan seharian,” ujarnya dengan menambah aktiviti Water Filter iaitu pengetahuan tentang penapisan dan pembersihan air melalui konsep sains turut menarik perhatian peserta untuk mengikutinya sehingga tamat.

Akhir sekali, Iylia berkata, program SULAM Engineering Without Borders mendapat maklum balas yang cukup positif dalam kalangan komuniti dan mereka berharap program bermanfaat sedemikian terus diadakan dari semasa ke semasa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok