Muhamad Sufi Irfan merangkul pingat emas kategori Confectionery Arts dalam Young Chef International Competition 2025 di Kazan, Tatarstan, Russia baru-baru ini. Foto: Persatuan Gastronomi Malaysia
Muhamad Sufi Irfan merangkul pingat emas kategori Confectionery Arts dalam Young Chef International Competition 2025 di Kazan, Tatarstan, Russia baru-baru ini. Foto: Persatuan Gastronomi Malaysia

Anak Kelantan harumkan UiTM dan Malaysia dalam kulinari! 'Bintang masa depan yang kian menyerlah' - Warga maya

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
19 May 2025 03:56pm

Sebelum ini, nama Universiti Teknologi Mara (UiTM) cukup sinonim dengan kecemerlangan dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), hasil dedikasi dan kesungguhan pelajarnya.

Antara yang pernah mengharumkan nama universiti dalam arena ACCA ialah Ahmad Nur Iman Ahmad Fauzi dari UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun, yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik di Malaysia dan ketiga terbaik dunia bagi subjek Recording Financial Transactions (FA1).

Kejayaan itu turut dikongsi oleh Danish Zafran Bazam dan Amin Zulharis Basarudin yang mencatat pencapaian cemerlang dalam peperiksaan sama pada tahun sebelumnya.

Namun, kecemerlangan UiTM tidak hanya terhad kepada bidang perakaunan sahaja.

Foto: Persatuan Gastronomi Malaysia
Foto: Persatuan Gastronomi Malaysia

Terbaharu, institusi ini sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila melahirkan seorang lagi pelajar luar biasa menerusi bidang kulinari.

Muhamad Sufi Irfan Mohamad Rusdin, 23, pelajar jurusan kulinari UiTM Pulau Pinang merangkul pingat emas kategori Confectionery Arts dalam Young Chef International Competition 2025 di Kazan, Tatarstan, Russia baru-baru ini.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berjaya menewaskan kelompok peserta dari 12 negara seperti Arab Saudi, Azerbaijan, Tunisia, Turki, Rusia, Indonesia, Uzbekistan, Senegal, Kazakhstan dan Iran.

Artikel Berkaitan:

Menurut Muhamad Sufi Irfan, penyertaan dalam Young Chef International Competition 2025 adalah percubaan pertamanya dan tidak menyangka meraih pingat emas.

"Apabila diumumkan sebagai pemenang, saya terkejut dan sangat bersyukur. Ia satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Sesungguhnya, ALLAH Maha Besar dan kemenangan ini adalah rezeki daripadaNya," kata pelajar ini.

Foto: Persatuan Gastronomi Malaysia
Foto: Persatuan Gastronomi Malaysia

Pada pertandingan itu, Muhamad Sufi Irfan menyediakan Ikan Kod Goreng Rangup dengan Salad Tomato dan Basil bersama Sos Lemon (pembuka selera); Tenderloin Daging Lembu Marmar disajikan dengan Jus Kari, Sayur bersama Cendawan Kukur Tempatan dan Kentang Rosti (hidangan utama); serta Bingka Labu, Sos Oren Mandarin bersama Mousse Coklat, Buah-Buahan Segar dan Hiasan Gula (pencuci mulut) sekali gus memukau barisan juri profesional yang menilai pertandingan tersebut.

Sementara itu, Muhamad Sufi Irfan yang pernah memenangi pingat gangsa dalam pertandingan Melaka Culinary Challenge 2023 merakamkan penghargaan kepada pihak yang sentiasa memberi tunjuk ajar, menyokong dan menjadi tulang belakangnya selama ini.

"Terima kasih kepada pensyarah, keluarga, rakan-rakan terutama sahabat baik, Ramadhan Suhaimi yang selalu menemani saya berlatih memasak di dapur hingga awal pagi. Terima kasih banyak-banyak," ujarnya yang berhasrat menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah kelak.

Foto: Persatuan Gastronomi Malaysia
Foto: Persatuan Gastronomi Malaysia



Foto: Persatuan Gastronomi Malaysia
Foto: Persatuan Gastronomi Malaysia

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp