Nama Auditorium Sulaiman diberi sempena menghargai sumbangan dan jasa besar Profesor Emeritus Datuk Dr Sulaiman Md Yassin yang merupakan Naib Canselor pertama UMT. Foto: Ihsan UMT
Nama Auditorium Sulaiman diberi sempena menghargai sumbangan dan jasa besar Profesor Emeritus Datuk Dr Sulaiman Md Yassin yang merupakan Naib Canselor pertama UMT. Foto: Ihsan UMT

Auditorium PSNZ dijenamakan semula sebagai Auditorium Sulaiman

04 Mar 2024 07:15am
A
A
A

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila ahli Majlis Pengurusan Universiti (MPU) bersetuju menjenamakan Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (Auditorium PSNZ) kepada nama baharu iaitu Auditorium Sulaiman.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor ChM Dr Marinah Mohd Ariffin, nama Auditorium Sulaiman diberi sempena menghargai sumbangan dan jasa besar Profesor Emeritus Datuk Dr Sulaiman Md Yassin yang merupakan Naib Canselor pertama UMT.

Beliau (Sulaiman) yang memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dilantik sebagai rektor Kolej Universiti Sains Teknologi Malaysia (KUSTEM) kini UMT, bermula tahun 2004 sehingga 2007.

“Majlis ini diadakan dengan tujuan mengiktiraf tokoh pentadbiran UMT yang telah berjasa dalam membangunkan kampus.

“Nama-nama tokoh berkaitan akan diletakkan di infrastruktur UMT yang mana ada dalam kalangan mereka menjadi mercu tanda UMT.

Foto: Ihsan UMT
Foto: Ihsan UMT

“Sehingga kini, kita telah ada Dewan Sultan Mizan, Auditorium Mahyuddin dan Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail serta terbaharu Auditorium Sulaiman,” kata Marinah ketika majlis penjenamaan semula nama auditorium, baru-baru ini.

Untuk rekod, Auditorium Sulaiman yang terletak di aras satu bangunan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, mula beroperasi pada 2004 dan mampu menampung seramai 250 pengunjung.

Artikel Berkaitan:

Selain menjadi tumpuan utama pelbagai aktiviti dalam kalangan warga UMT, auditorium tersebut turut menyediakan perkhidmatan sewaan auditorium bagi kegunaan persendirian, swasta dan jabatan/agensi kerajaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok