No Image Caption

Berkat jaga keluarga OKU, pelajar UUM raih ijazah kelas pertama

28 Jul 2023 09:01am



Menjaga ahli keluarga berstatus orang kurang upaya (OKU) tidak menghalang untuk menggenggam segulung ijazah.

Graduan Sarjana Muda Kaunseling Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Helmy Abdullah memperolehi Ijazah Kelas Pertama daripada Naib Canselor kampus tersebut, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan di Majlis Konvokesyen ke-35.

Bercerita lanjut, dia sebelum ini menjaga ibu, nenek dan pakciknya yang kurang upaya (OKU). Ini memembuatkannya perlu berulang alik dari kampung halaman ke universiti setiap minggu.

Namun selepas kematian nenek dan pakciknya akibat Covid-19 pada 2021, Muhammad Helmy meneruskan tanggungjawab dengan bertugas di Independent Living Centre (ILC) Permai UUM yang menyediakan perkhidmatan kepada semua kategori OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Artikel Berkaitan:


“Cita-cita pertama saya telah tercapai dan kini saya berhasrat untuk teruskan pengajian di peringkat sarjana sebelum ke peringkat PhD nanti,” ujarnya lagi dalam satu kenyataan pada Khamis.

No Image Caption



Dia juga pada masa yang sama menganggap konvokesyen kali ini amat bermakna kerana bukan sahaja berjaya mendapat kelas pertama malah dapat berjumpa dengan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) selepas majlis konvokesyen.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp