‘Bun In The Oven’ UPSI sarat dengan pengajaran

ROSHLAWATY MD RAIEH
23 Feb 2023 05:45pm
A
A
A

Pementasan teater ‘Bun In The Oven’ bukan sekadar dijadikan wadah hiburan semata-mata tetapi banyak unsur lain turut dibawa ke dalam teater tersebut.

Unsur-unsur seperti pengajaran, pengupasan isu-isu sosial dalam masyarakat dan institusi kekeluargaan sangat jelas dalam teater arahan pengarah muda yang berkaliber, Naque Ariffin.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Seni Urban dan Industri Budaya di Institut Kesenian Jakarta, Indonesia, telah mengangkat tema isi hati dan dilema kanak-kanak yang pernah melalui pengalaman hitam sehingga hamil luar nikah menerusi teater berkenaan.

‘Bun In The Oven’ yang dijayakan sekumpulan warga Jabatan Seni Persembahan, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengisahkan Siti Sara (dilakonkan Dr Haneem Said) iaitu seorang kanak-kanak berusia 13 tahun yang cukup tertekan kerana tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya sehingga dia menagih cinta seorang lelaki yang baru dikenali iaitu Syam.

Syam adalah watak antagonis yang memberi harapan, janji dan perhatian kepada Siti Sara. Dia meninggalkan Siti Sara setelah mengetahui kanak-kanak itu mengandung.

Siti Sara membawa laranya ke Taman Seri Puteri iaitu sebuah rumah kebajikan yang memberi sinar buatnya meneruskan kehidupan. Di sana, dia bertemu dengan ustazah dan rakan-rakan lain yang senasib dengan dirinya.

‘Bun In The Oven’ merupakan karya hebat daripada pengarah muda yang berkaliber, Naque.
‘Bun In The Oven’ merupakan karya hebat daripada pengarah muda yang berkaliber, Naque.

Sementara itu, ‘Bun In The Oven’ yang dipentaskan di BlackBox, UPSI merupakan aktiviti di bawah program ‘Dia, Kau dan Aku 1.0’ sempena Projek Service-Learning Malaysia University for Society (SULAM).

Artikel Berkaitan:

SULAM yang berasaskan pedagogi service-learning ini telah melalui tiga fasa utama iaitu analisis keperluan, pembinaan permainan teater dan meneruskan projek secara advokasi dengan penggabungan kepakaran pensyarah Jabatan Muzik dan Jabatan Seni Persembahan FMSP.

No Image Caption

Dalam pada itu, beberapa individu yang berpengalaman dalam bidang teater telah berkongsi pandangan mereka mengenai 'Bun In The Oven’.

Antara yang memberi komen ialah

1) “Kandungan cerita dan rumusan keseluruhan yang disimpulkan menerusi teater ini dilihat sangat berkesan. Hal ini kerana interaksi, pandangan dan maklum balas penonton yang mendasari format teater forum menjadi kekuatan dan tunjang yang berupaya menghidupkan persembahan.”

- Timbalan Ketua Pengarah (Artistik) Istana Budaya, Zaifri Hussin.

2) “Usaha sebegini wajar diteruskan dan perlu dibawa ke peringkat seterusnya dengan strategi yang lebih baik.”

- Pensyarah Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karektor, Fakulti Sains Kemanusiaan, Profesor Madya Dr Nadarajan Thambu.

3) “Jalan cerita yang sangat menarik dan sarat dengan pengajaran.”

- Kaunselor, Nor Firdous Mohamed.

4) “Susunan penceritaan ‘Bun In The Oven’ sangat rapi dan bermanfaat dalam memberi pengajaran kepada remaja agar menjaga harga diri.”

- Ketua Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia, Dr Hapsah Md Yusof.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok