Para peserta Fun Ride mengharungi laluan Fun Ride dan memecut laju ke hadapan.
Para peserta Fun Ride mengharungi laluan Fun Ride dan memecut laju ke hadapan.

Enviro Cycling 2024 UiTM, JAS dengan planet VS plastik

05 Jun 2024 07:30am

Enviro Cycling yang berlangsung di Paya Indah Wetlands, Dengkil pada penghujung Mei lalu, merupakan program mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat melalui aktiviti berbasikal.

Program ini juga bertujuan menggalakkan penggabungan sosial dan hubungan antara pelajar universiti melalui aktiviti berbasikal.

Ia diadakan bagi menyambut Hari Bumi Sedunia yang bertemakan planet VS plastik.

Enviro Cycling membawa tema Stop Open Burning membabitkan isu berkaitan jerebu yang semakin melemahkan bumi agar dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar, Dr Norhazni Binti Mat Sari berkata, isu pembakaran terbuka seperti jerebu sering menjadi bualan masyarakat tetapi masih gagal dihentikan.

"Aktivtiti seperti diharap dapat memberi kesedaran tentang isu alam sekitar termasuk mempromosi tindakan positif kepada masyarakat setempat supaya tidak melakukan pembakaran terbuka.

"Selain itu, acara berbasikal adalah salah satu kempen kepada semua agar membudayakan gaya hidup lestari bagi mendorong perubahan mampan dan menyokong komitmen kerajaan dalam mengurangkan jejak karbon," katanya selepas berakhirnya enviro Cycling.

Artikel Berkaitan:

Prof. Datuk Dr. Shahril Bin Sahib @ Shahibuddin, Naib Canselor UiTM mengayuh dan merentasi laluan
Race Ride
Prof. Datuk Dr. Shahril Bin Sahib @ Shahibuddin, Naib Canselor UiTM mengayuh dan merentasi laluan Race Ride

Program itu adalah anjuran bersama Persatuan Rakan Alam Sekitar UiTM Student Chapter (RAS UiTM SC) dan Jabatan Alam Sekitar Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Perhilitan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Bin Sahib @ Sahibuddin berkata, program Enviro Cycling ini adalah salah satu inisiatif kecil mahasiswa untuk memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran dan melestarikan alam sekitar.

"Tema Stop Open Burning menumpukan masalah pembakaran terbuka yang berleluasa di negara ini dan ia langkah penting untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat," katanya.

Untuk rekod, Enviro Cycling berjaya menarik minat peserta dari pelbagai peringkat usia secara tidak langsung dapat memainkan peranan penting dalam membentuk generasi yang lebih prihatin terhadap isu-isu alam sekitar.

Para peserta mengambil gambar di Photo Booth.
Para peserta mengambil gambar di Photo Booth.

Program ini diharapkan dapat menjadi platform yang berterusan untuk pendidikan dan kesedaran alam sekitar, sekali gus menyumbang kepada usaha menangani amalan pembakaran terbuka dan ancaman-ancaman lain terhadap persekitaran.

Dengan penglibatan masyarakat yang memberangsangkan daripada kalangan orang awam, mahasiswa UiTM, Mahsa Universiti, pihak Jabatan Alam Sekitar dan Perhilitan sedikit sebanyak membuka jalan untuk memupuk kesedaran menjaga alam sekitar di samping menggalakkan sistem pengangkutan yang lebih sihat dan hijau dalam aktiviti berbasikal.

Enviro Cycling yang diadakan itu disertai lebih daripada 200 peserta dalam acara berbasikal sejauh 5 kilommeter (km) dan 20km.

Kuiz kempen kesedaran juga telah diadakan sehari sebelumnya untuk memberi pengetahuan kepada peserta, di samping menawarkan hadiah cabutan bertuah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp