METFEST merupakan kesinambungan daripada program konvensyen berbentuk apresiasi kebudayaan dan seni persembahan, ‘MSU International Music, Arts and Cultural Convention (IMACC)’ 2023 anjuran Management and Science University (MSU) melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA).

Ernie, Waris hangatkan malam kemuncak MSU Ethnic Music Festival

MARIATUL QATIAH ZAKARIA
25 May 2023 06:14pm
A
A
A

Penyanyi Ernie Zakri dan Waris merupakan antara penghibur yang telah menjayakan malam kemuncak konsert MSU Ethnic Music Festival (METFEST) melibatkan kerjasama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia (SOM) Istana Budaya serta bakat yang terdiri daripada staf dan pelajar MSU.

Kehadiran Ernie paling ditunggu-tunggu mendendangkan lagu popularnya, Ku Bersuara. Sementara Waris pula menyampaikan lagu Gadis Jolobu. Kehadiran mereka berdua ini memeriahkan lagi malam kemuncak program tersebut.

Selain Ernie dan Waris, turut menghiburkan tetamu adalah Masue Kato, Rojer, Dhiya serta staf dan pelajar MSU sendiri. Paling menarik adalah persembahan mereka ini turut melibatkan kerjasama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia (SOM) Istana Budaya menjadikan ia lebih berprestij.

Penyanyi Ernie Zakri merupakan antara penghibur yang telah menjayakan malam kemuncak konsert MSU Ethnic Music Festival (METFEST) melibatkan kerjasama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia (SOM) Istana Budaya serta bakat yang terdiri daripada staf dan pelajar MSU.

Hadir pada majlis pelancaran program METFEST adalah Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed serta barisan pengurusan kanan MSU.

Turut sama hadir pada majlis berkenaan adalah wakil dari kedutaan Arab Saudi, Bahrain, Suruhanjaya Tinggi Brunei, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Istana Budaya, Tourism Selangor, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta penaja.

METFEST merupakan kesinambungan daripada program konvensyen berbentuk apresiasi kebudayaan dan seni persembahan, ‘MSU International Music, Arts and Cultural Convention (IMACC)’ 2023 anjuran Management and Science University (MSU) melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA).

METFEST merupakan kesinambungan daripada program konvensyen berbentuk apresiasi kebudayaan dan seni persembahan, ‘MSU International Music, Arts and Cultural Convention (IMACC)’ 2023 anjuran Management and Science University (MSU) melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA).
METFEST merupakan kesinambungan daripada program konvensyen berbentuk apresiasi kebudayaan dan seni persembahan, ‘MSU International Music, Arts and Cultural Convention (IMACC)’ 2023 anjuran Management and Science University (MSU) melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA).

Artikel Berkaitan:

Konvensyen tersebut bermula pada 23 dan 24 Mei lalu melibatkan penganjuran pelbagai aktiviti khusus yang membolehkan para pelajar memperkasakan kemahiran seni persembahan, menghargai keunikan serta kepelbagaian seni budaya di Malaysia dan peringkat global.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang dua hari penganjuran IMACC termasuklah International Cultural Fest, konferen 16 SHCA Research Colloqium, Museum of Music, Music X Zone, Jelajah Bah, Mari Pigi Sabah dan Labuan Roadshow, pertandingan Nyanyian Irama Malaysia, kursus jangka pendek anjuran Istana Budaya berkenaan muzik etnik dan tradisional.

METFEST yang bermula pada 23 dan 24 Mei lalu melibatkan penganjuran pelbagai aktiviti khusus yang membolehkan para pelajar memperkasakan kemahiran seni persembahan, menghargai keunikan serta kepelbagaian seni budaya di Malaysia dan peringkat global.

Usaha mempelopori kecemerlangan pendidikan tinggi menyaksikan MSU berada pada kedudukan ke-46 terbaik di dunia bagi subjek Hospitality and Leisure Management menurut edisi 2023 QS World University Rankings by Subject.

Selain itu, kualiti jenama MSU turut diiktiraf sebagai penerima Malaysia Tourism Council Gold Award School of Tourism and Hospitality dan Malaysia Centre of Excellence of the Asia Pacific Institute of Events Management (APIEM).

Selain Ernie Zakri, Waris turut menjayakan malam kemuncak konsert MSU Ethnic Music Festival (METFEST) melibatkan kerjasama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM): Sounds of Malaysia (SOM) Istana Budaya serta bakat yang terdiri daripada staf dan pelajar MSU.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok