Barisan penyelidik UTeM yang menyertai ITEX 2023 baru-baru ini.
Barisan penyelidik UTeM yang menyertai ITEX 2023 baru-baru ini.

FIDORE raih pelbagai anugerah pada ITEX 2023, ini kata Naib Canselornya

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
23 May 2023 01:54pm

Produk inovasi dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), FIDORE diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas (Best Green Invention Award) pada 34th International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

Selain Anugerah Khas, FIDORE turut merangkul satu pingat emas dalam pertandingan tersebut.

Menurut Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin, FIDORE merupakan inovasi yang dihasilkan daripada bahan semula jadi, sejenis tumbuhan dan berfungsi sebagai panel dinding kalis api dalam sesebuah bangunan.

“Selain FIDORE, ada beberapa lagi inovasi UTeM turut meraih kepelbagaian anugerah yang dipertandingkan di ITEX 2023.

“Inovasi seperti i-CETIKE, Advance Portable Oil Spill Skimmer (AD-POSS), Rapid Advance Future (RAF) Lightweight Prosthetic Leg, Salutan Swa Sembuh (SeHCo) dan banyak lagi turut membawa pulang pingat masing-masing.

“Kejayaan ini secara tidak langsung menggambarkan produk inovasi universiti terus diiktiraf dan menjadi pilihan juri kerana keunikan dan fungsinya yang memberi impak langsung kepada kemaslahatan komuniti sejagat,” ujarnya.

No Image Caption

Massila berkata, secara keseluruhannya kesemua produk inovasi UTeM yang dipertandingkan berjaya memenangi satu Anugerah Khas (Best Green Invention Award) dan 10 pingat di ITEX 2023.

Artikel Berkaitan:

“UTeM telah memenangi lima pingat emas, empat perak dan satu gangsa.

“Kemenangan ini menunjukkan kegigihan UTeM yang sentiasa menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi secara berterusan,” jelas beliau.

Penganjuran ITEX 2023 yang memasuki tahun ke-34 merupakan pameran reka cipta dan inovasi berprestij antarabangsa.

Ia bertujuan menggalakkan dan menonjolkan keupayaan penyelidik muda bagi meneroka kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

Acara tahunan anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan C.I.S Network Sdn Bhd itu menjadi medan kepada lebih 500 penyertaan kumpulan pencipta inovasi dari serata dunia yang menampilkan produk inovasi berimpak global.

No Image Caption

INFO

1) Anugerah Khas (Best Green Invention Award) dan satu pingat emas – FIDORE diketuai Profesor Madya Ir Ts Dr Mohd Yuhazri Yaakob

2) Pingat emas

Inovasi i - CETIKE diketuai Ir Ts Dr Nik Mohd Zarifie Hashim

AD-POSS diketuai Profesor Madya Ir Dr Lokman Abdullah

RAF Lightweight Prosthetic Leg diketuai Mohammad Rafi Omar

SeHCo diketuai Ts Dr Mohd Fauzi Mamat

3) Pingat perak

Produk Profit- WCO

Low Cost and Light Weight Composite Reinforced Plunger (LCRP) for Agriculture Industries

CEMiS - Online Customer Engagement Measurement Kit for Malaysian SME

Hydro Quality Monitoring System (HydroQS) V1

4) Pingat gangsa

Inovasi Flash Flood Alert App (FLAOA)

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp