Fuahaidi (dua dari kanan) menerima sijil penghargaan dan cenderahati selepas dinobatkan Tokoh TVET POLIMAS 2023.
Fuahaidi (dua dari kanan) menerima sijil penghargaan dan cenderahati selepas dinobatkan Tokoh TVET POLIMAS 2023.

Fuahaidi Tokoh TVET POLIMAS 2023

ROSHLAWATY MD RAIEH
12 Dec 2023 05:47pm
A
A
A

Pensyarah Utama, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah, Fuahaidi Zulkifli dinobatkan Tokoh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sempena Hari Akademia POLIMAS 2023, baru-baru ini.

Fuahaidi berkata, anugerah yang diperoleh pada Hari Akademia itu begitu besar dan sangat bermakna buat dirinya.

“Sangat terkejut dan bagaikan tidak percaya dengan pengiktirafan yang diberikan oleh POLIMAS.

“Terima kasih kepada semua pihak di politeknik kerana memilih saya sebagai Tokoh TVET POLIMAS bagi tahun ini, sekali gus mengenang segala sumbangan yang diberikan dalam dunia pendidikan,” jelasnya.

Sepanjang bergelar pensyarah, Fuahaidi seikhlas hati mencurahkan segala ilmu dan kemahiran yang ada demi melihat anak-anak bangsa berjaya dalam kehidupan serta berupaya mempertingkatkan ekonomi terutama kepada bumiputera yang jauh ketinggalan.

Latar belakang Fuahaidi

Fuahaidi merupakan anak kelahiran Sungai Siput Utara, Perak lulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Syariah Peradilan Islam, Universiti Islam Negeri Ar-Raniry, Banda, Aceh, Indonesia dan juga lulusan Diploma Pendidikan dalam bidang Bahasa Arab dan Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tokoh ini memulakan kerjaya sebagai pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka sebagai Guru Pendidikan Islam.

Artikel Berkaitan:

Kemudian, beliau diamanahkan sebagai Ketua Guru Disiplin, Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Ketua Pemeriksa Kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sekolah berkenaan.

Selepas itu, Fuahaidi ditugaskan berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Alor Gajah, Melaka dan Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka pada tahun 2006 hingga 2009.

Kerjaya beliau semakin menyerlah apabila dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan, Kolej Komuniti Kulim, Kedah pada 2010 dan Kolej Komunir Arau, Perlis pada 2013.

Hasil dari perkhidmatan yang cemerlang, Fuahaidi dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai Pengarah Kolej Komuniti Padang Terap, Kedah pada 2014.

Rosli (tengah) bersama barisan penerima Anugerah Akademia POLIMAS 2023 baru-baru ini.
Rosli (tengah) bersama barisan penerima Anugerah Akademia POLIMAS 2023 baru-baru ini.

Sebagai pengarah, banyak akitiviti TVET yang dilaksanakan oleh beliau demi memperkenalkan kursus TVET di Negeri Kedah.

Antaranya, bekerjasama dengan kerajaan Kedah untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan kursus berkaitan TVET serta banyak lagi.

Sementara itu, Pengarah POLIMAS, Rosli Idris berkata, penganjuran Hari Akademia POLIMAS 2023 bertujuan memberi penghargaan kepada ahli akademik dan warga politeknik itu yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Antara penghargaan yang diberikan adalah;

1) Anugerah Akademia Sukarelawan - Abdul Rahim Che Dollah dari Jabatan Kejuruteraan Awam

2) Anugerah Akademia Keusahawanan - Asmaniza Ibrahim, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer

3) Anugerah Ko-Kurikulum - Syaiful Nazli Selamat

4) Anugerah Penyelidikan Inovasi - Ts Afzanizam Alias, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

5) Anugerah Akademia Penerbitan - Husna Mat Salleh, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer

6) Anugerah Akademia Sepanjang Hayat - Muhamad Syamsyul Che Su

7) Anugerah Akademia Kolaborasi - Viranee Intachat, Jabatan Kejuruteraan Elektrik

8) Anugerah Khas Sokongan Akademik - Mohd Suhaimi Md Nor

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok