Nud Cha muncul naib johan pada Pertandingan The 22nd Chinese-Bridge Chinese Language Proficiency Competition for Malaysian Universities Students baru-baru ini.
Nud Cha muncul naib johan pada Pertandingan The 22nd Chinese-Bridge Chinese Language Proficiency Competition for Malaysian Universities Students baru-baru ini.

Gadis keturunan Siam harumkan UUM, bakal ke China sebagai ganjaran

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
13 Jun 2023 01:49pm

Kemahiran menguasai Bahasa Mandarin memberi kelebihan kepada gadis keturunan Siam, Nud Cha Lin Verak untuk muncul naib johan pada Pertandingan The 22nd Chinese-Bridge Chinese Language Proficiency Competition for Malaysian Universities Students di Institut Kong Zi, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Merupakan mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dan Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Nud Cha berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM350, trofi dan cenderamata.

Menerusi kemenangan itu juga, Nud Cha berpeluang melawat negara China bagi menyaksikan pusingan akhir Pertandingan The 22nd Chinese-Bridge Chinese Language Proficiency Competition for Malaysian Universities Students di Hunan, China, September depan.

Menurut Nud Cha, kemenangan dalam pertandingan tersebut sememangnya di luar jangkaan.

Ini kerana saingan begitu sengit dalam kalangan peserta yang menyertainya.

Bagaimanapun, hasil usaha gigih dan latihan berterusan yang dilakukan sebelum pertandingan membolehkan Nud Cha merangkul kejayaan dalam pertandingan tersebut.

No Image Caption

Sementara itu, ditanya mengenai penguasaan berbahasa Mandarin, mahasiswa ini yang merupakan anak jati Jitra, Kedah berkata, dia sudah menguasai bahasa tersebut sejak kecil lagi.

Artikel Berkaitan:

“Saya boleh berbahasa Mandarin ketika kecil kerana keluarga amat menitikberatkan kepentingan menguasai banyak bahasa.

“Kata ayah, Verak Prasid, menguasai pelbagai bahasa memberi banyak manfaat dalam kehidupan dan mampu melakar pelbagai kejayaan.

“Kerana itu saya ingin merakamkan dedikasi yang tidak terhingga kepada ayah yang sentiasa memberi sokongan dan kekuatan untuk saya terus mempelajari dan menguasai dengan baik Bahasa Mandarin ini,” ujarnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM, Profesor Dr Shukri Ahmad berkata, Pertandingan The 22nd Chinese-Bridge Chinese Language Proficiency Competition for Malaysian Universities Students adalah program yang menggalakkan peserta untuk bertutur dalam bahasa Mandarin memandangkan penggunaan bahasa asing itu semakin penting pada masa kini.

Ujar beliau lagi, peluang menyertai pertandingan sedemikian juga dapat memberikan pengalaman berharga kepada para peserta sekali gus membantu meningkatkan tahap keyakinan diri.

Mengulas lanjut mengenai kemenangan Nud Cha pula, Shukri melahirkan rasa syukur dan gembira dengan pencapaian mahasiswa UUM itu.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Nud Cha yang telah mengharumkan nama universiti.

“Kejayaan dia boleh dijadikan sumber motivasi kepada penuntut lain selain memberi peluang kepada mereka untuk melihat dunia luar dan meluaskan komunikasi,” ujar Shukri.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp