
iCEPS perkasa agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat negara
Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) berperanan sebagai pusat pembelajaran lanjutan yang memperkasa agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat negara.
Selaras dengan mandat UiTM untuk membuka peluang pendidikan kepada bumiputera, iCEPS menawarkan program yang inklusif, fleksibel dan responsif terhadap keperluan industri semasa.
"Melalui pendekatan holistik ini, iCEPS menyediakan laluan alternatif bagi masyarakat yang ingin meningkatkan kelayakan akademik dalam kerangka pendidikan tinggi yang tersusun dan berkualiti," kata iCEPS UiTM menerusi satu kenyataan.
Salah satu agenda terpenting iCEPS ialah menyediakan laluan peluang kedua kepada bumiputera yang tidak berjaya mendapat tempat di program arus perdana UiTM, meskipun memenuhi minat dan potensi untuk melanjutkan pengajian.
Inisiatif itu memastikan mereka tidak tercicir daripada akses pendidikan tinggi, sekali gus membuka ruang kepada lebih ramai pelajar meneruskan aspirasi akademik melalui laluan yang sah, berkualiti dan diiktiraf.
Bahagian Program Kerjasama iCEPS menjalinkan kerjasama strategik dengan 11 Kolej Bersekutu UiTM, termasuk Kolej Profesional MAIWP, Kolej Widad, Kolej Yayasan Pahang, Kolej Antarabangsa Unifield, Kolej Uniti, Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Kolej SATT, Kolej Antarabangsa East West, Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim serta Melaka International College of Science and Technology.
Ringkasan AI
- Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA memperkasa agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat negara
- Menawarkan program yang inklusif, fleksibel, dan responsif terhadap keperluan industri
- Menyediakan laluan alternatif bagi peningkatan kelayakan akademik dalam kerangka pendidikan tinggi yang berkualiti
- Membuka peluang kedua kepada bumiputera yang tidak berjaya mendapat tempat di program arus perdana UiTM
- Berkerjasama secara strategik dengan 11 Kolej Bersekutu UiTM untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dan diiktiraf