Pencapaian hebat ini secara tidak langsung menjadikan Iman antara contoh terbaik anak muda Malaysia.
Pencapaian hebat ini secara tidak langsung menjadikan Iman antara contoh terbaik anak muda Malaysia.

Iman rangkul Pelajar Terbaik, Kepujian Kelas Pertama & Juara Debat di University of Manchester!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
25 Sep 2025 04:40pm

Apabila tersebar berita tentang anak Malaysia cemerlang dalam pengajian, rakyat Malaysia pasti tumpang gembira dan bangga.

Bagi kebanyakan orang, kisah kejayaan ini menimbulkan rasa ingin tahu iaitu apakah rahsia di sebalik kecemerlangan mereka?

Hakikatnya, seperti kata pepatah, 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'. Kecemerlangan seseorang pelajar tidak hadir secara kebetulan. Ia lahir daripada usaha gigih, disiplin, kesungguhan berterusan, doa dan tawakal.

Inilah yang dibuktikan oleh alumni Kolej MARA Banting, Selangor, Iman Mohamad Afif yang baharu sahaja dinobatkan Pelajar Terbaik Tahun Ini bagi program Master of Engineering (MEng) in Chemical Engineering with Energy and Environment (Fourth Year Course Prize) di University of Manchester.

No Image Caption

Malah, Iman turut meraih Kepujian Kelas Pertama sekali gus mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Pejabat MARA London dan Ireland dalam hantaran di Facebook turut berkongsi bahawa Iman juga muncul sebagai Juara Manchester Intellectual Debate (Kategori Bahasa Inggeris, 2024), satu lagi pencapaian luar biasa diraihnya. 

Artikel Berkaitan:

Pencapaian hebat ini secara tidak langsung menjadikan Iman antara contoh terbaik anak muda Malaysia yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah aktif dan menyerlah dalam bidang perbahasan intelektual di peringkat antarabangsa.

Kisahnya wajar dijadikan sumber inspirasi kepada pelajar di tanah air. 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Apabila anak Malaysia cemerlang dalam pengajian, rakyat Malaysia tumpang gembira dan bangga
  • Kecemerlangan pelajar lahir daripada usaha gigih, disiplin, dan kesungguhan berterusan
  • Iman Mohamad Afif dinobatkan Pelajar Terbaik Tahun Ini di University of Manchester
  • Iman juga meraih Kepujian Kelas Pertama dan mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa
  • Pencapaian Iman dijadikan sumber inspirasi, membuktikan bakat bersinar dengan disiplin belajar tinggi
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp