Malaysia kini memasuki tahun pelaksanaan 2024 dengan keazaman untuk mengukuhkan asas ekonomi negara.mGambar kecil: Nurul Asyiqin.
Malaysia kini memasuki tahun pelaksanaan 2024 dengan keazaman untuk mengukuhkan asas ekonomi negara.mGambar kecil: Nurul Asyiqin.

Bersedia untuk pertumbuhan 2024

16 Feb 2024 03:20pm

Malaysia memasuki 2024 dengan keyakinan tinggi iaitu menghadapi prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih stabil selepas melalui 2023 sebagai tempoh peralihan.

Pelbagai langkah strategik dan dasar ekonomi telah dilaksanakan sejak tahun sebelum dan nampaknya mulai memberi kesan positif.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada keyakinan ini ialah pelaksanaan asas-asas ekonomi yang telah direka bentuk.

Berikutan 2023 sebagai tahun peralihan, Malaysia kini memasuki tahun pelaksanaan dengan keazaman untuk mengukuhkan asas ekonomi negara.

"Kami melihat 2024 sebagai momen penting dalam merealisasikan visi pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“Dasar-dasar yang telah kami buat dengan teliti akan membantu meningkatkan daya tahan ekonomi kita, walaupun di tengah-tengah pasaran global yang tidak menentu.

“Pertumbuhan sektor ekonomi utama termasuk pembuatan, perdagangan dan sektor perkhidmatan, dipercayai menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi.

“Malah, kerajaan telah memberikan rangsangan tambahan untuk menyokong sektor-sektor ini melalui insentif fiskal dan pembaharuan dasar,” kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Malaysia juga memberi tumpuan kepada inovasi dan transformasi digital sebagai strategi untuk meningkatkan daya saing ekonomi.

Pelaburan dalam teknologi dan pembangunan sumber manusia di bidang digital diharapkan dapat mewujudkan pekerjaan baru dan meningkatkan produktiviti.

Bagaimanapun, cabaran global seperti turun naik pasaran dan ketidakpastian geopolitik tetap menjadi faktor yang perlu ditangani.

Malaysia tetap berwaspada terhadap perubahan keadaan luaran yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi.

Oleh itu, dengan pelaksanaan dasar ekonomi yang matang dan tumpuan kepada sektor utama, Malaysia optimis untuk menghadapi cabaran dan mencapai pertumbuhan yang mampan menjelang 2024.

Pihak berkepentingan dijangka bersama-sama menyumbang untuk merealisasikan visi kemakmuran ekonomi yang lebih baik untuk negara.

Maklumat Penulis

Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nurul Asyiqin Jamian

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp