Jalan-Jalan Japan menawarkan pelbagai barangan yang boleh menarik minat seisi keluarga untuk membeli belah sepanjang masa. Gambar kecil: Nur Saadah.
Jalan-Jalan Japan menawarkan pelbagai barangan yang boleh menarik minat seisi keluarga untuk membeli belah sepanjang masa. Gambar kecil: Nur Saadah.

'Jalan-Jalan Japan' tarikan membeli-belah

NUR SAADAH MOHD ARIS DAN SITI DALEELA MOHD WAHID
22 Jan 2024 09:28am
A
A
A

Jepun merupakan salah sebuah negara yang ingin dikunjungi rakyat Malaysia. Ia kerana, keindahan cuaca, keunikan budaya dan kepelbagaian tempat pelancongannya telah menarik minat pelancong seluruh dunia untuk melawat negara matahari terbit itu.

Bagaimanapun, kos yang tinggi amat diperlukan untuk pergi ke sana. Oleh itu, kedai ‘Jalan-Jalan Japan’ yang mengadaptasi konsep kedai preloved telah diwujudkan di negara ini semata-mata untuk membantu rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk ke sana.

Jalan-Jalan Japan menawarkan pelbagai barangan yang boleh menarik minat seisi keluarga untuk membeli belah seakan-akan berada di negara berkenaan.

Diasaskan oleh Daichi San, Jalan-Jalan Japan merupakan sebuah kedai jualan barangan terpakai (bundle) berasal dari Jepun yang menawarkan barangan seperti pakaian dan kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak, baju tradisional Jepun seperti kimono, barang mainan, pelbagai jenis beg dan perabot serta banyak lagi.

Jalan-Jalan Japan bukan sahaja menawarkan barangan tetapi ia turut menyediakan pengalaman seperti membeli-belah seakan di negara Jepun selaras dengan slogan mereka iaitu We provide not only goods, but also experiences.

Kesemua barang di Jalan-Jalan Japan diimport khas dari Jepun, berbeza dengan kedai bundle lain yang mengimport barangan daripada pelbagai negara.

Harga murah yang ditawarkan untuk barangan berjenama khas dari Jepun membuatkan Jalan-Jalan Japan sebagai salah satu tempat yang boleh dikunjungi ramai orang.

Sasar 18.7 juta pelancong

Artikel Berkaitan:

Jalan-Jalan Japan di Kipmall, Bachang, Melaka menunjukkan jumlah pelanggan berbeza bagi setiap hari.

Pelanggan yang mengunjungi premis ini lebih gemar berkunjung antara jam 3 petang hingga 9 malam pada hari biasa. Manakala sambutan pelanggan yang berkunjung pada hari minggu lebih memberangsangkan.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, seramai 18.7 juta pelancong dijangka akan berkunjung ke Melaka tahun ini sekali gus memberi peluang kepada Jalan-Jalan Japan di negeri ini mendapat jualan lebih tinggi.

Harga barangan berbaloi dan berpatutan menjadikan pelanggan pasti akan membeli barangan terpakai disitu.

Kesimpulannya, Jalan-Jalan Japan adalah kedai barangan terpakai yang wajar menjadi lokasi wajib dikunjungi seisi keluarga.

Maklumat Penulis

Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka, Nur Saadah Mohd Aris dan Siti Daleela Mohd Wahid

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok