Pensyarah perlu berasimilasi dengan pendekatan pengajaran yang lebih interaktif dan dinamik agar pelajar tidak bosan seterusnya meningkatkan semangat keterlibatan secara aktif dalam pembelajaran.
Pensyarah perlu berasimilasi dengan pendekatan pengajaran yang lebih interaktif dan dinamik agar pelajar tidak bosan seterusnya meningkatkan semangat keterlibatan secara aktif dalam pembelajaran.

Kaedah interaktif dalam pengajaran perlu untuk menghidupkan semangat pelajar universiti

12 May 2025 08:30am

Pensyarah universiti kini berhadapan dengan cabaran baharu dalam memastikan pelajar kekal berminat dan bersemangat untuk belajar.

Kaedah pengajaran tradisional berpusatkan kepada pensyarah semakin kurang relevan dengan keperluan pelajar hari ini yang terdedah kepada teknologi dan maklumat yang boleh diperolehi hanya di hujung jari.

Oleh yang demikian, pensyarah perlu berasimilasi dengan pendekatan pengajaran yang lebih interaktif dan dinamik agar pelajar tidak bosan seterusnya meningkatkan semangat keterlibatan secara aktif dalam pembelajaran.

Teknologi memainkan peranan penting dalam transformasi ini.

Sebagai contoh, flipped classroom memperkenalkan konsep pembelajaran yang lebih kolaboratif di mana pelajar mempelajari bahan asas di luar kelas dan waktu kelas dimanfaatkan untuk sesi diskusi dan aktiviti perbincangan yang lebih mendalam.

No Image Caption

Hal ini bukan sahaja memberi ruang kepada pelajar untuk menguasai konsep asas mengikut kemampuan mereka sendiri, tetapi juga meningkatkan interaksi dan kerjasama antara pelajar serta pensyarah untuk memperkasakan kefahaman secara kolektif.

Selain itu, blended learning pula menggabungkan kaedah pembelajaran secara bersemuka dan atas talian, memberikan lebih fleksibiliti kepada pelajar untuk mengakses kandungan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Artikel Berkaitan:

Hal ini sangat membantu pensyarah untuk menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang lebih bervariasi dan berinovasi seperti video, kuiz atas talian dan forum perbincangan.

Terkini, penggunaan kecerdasan buatan (AI) turut boleh memberikan kelebihan besar dalam memperkayakan idea dan kaedah pembelajaran.

Masyarakat kita tidak boleh menafikan kehebatan pengaplikasian AI tetapi menjadi tanggungjawab kita memperhalusi penggunaannya.

Sedia maklum, AI mampu menyediakan maklum balas yang pantas, mengenal pasti segala isu dengan cepat dan mampu menyesuaikan kandungan pengajaran mengikut keperluan individu.

Tidak salah menggunakan aplikasi AI untuk menambah idea tetapi pensyarah perlu belajar dan memperjelaskan kepada pelajar penggunaannya secara beretika.

Hal ini bukan sahaja memudahkan proses pengajaran, malah meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar.

UKM, melalui Pusat Pengajian Citra Universiti, telah menunjukkan contoh terbaik dalam mengintegrasikan pendekatan ini.

No Image Caption

Mereka menggunakan kelas secara hibrid dan pentaksiran alternatif yang berterusan serta berpusatkan pelajar.

Ini bermakna, penilaian tidak lagi tertumpu kepada peperiksaan akhir semata-mata, tetapi dilakukan secara berterusan, memberikan pelajar peluang untuk membina pemahaman yang lebih mendalam dan berkesan.

Kaedah ini selari dengan pendekatan IDEAL dan POISE yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, yang memberi penekanan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar serta penilaian berterusan.

Jika pensyarah berjaya menerapkan kaedah interaktif dan memanfaatkan teknologi terkini dalam pengajaran mereka, mereka bukan sahaja dapat menghidupkan semula semangat pelajar untuk belajar, tetapi juga melahirkan graduan yang lebih berketerampilan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

Maklumat Penulis:

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ts Dr Ahmad Firdhaus Arham

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp