Mustafa Kemal memperkenalkan undang-undang baharu yang bercanggah dengan Islam bagi menghapuskan pengaruh Islam di Turkiye. Gambar kecil: Adeeba Raihana.
Mustafa Kemal memperkenalkan undang-undang baharu yang bercanggah dengan Islam bagi menghapuskan pengaruh Islam di Turkiye. Gambar kecil: Adeeba Raihana.

Kemal Ataturk: Diktator atau teokrasi?

06 Jan 2024 08:00am

Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang Kemal Ataturk mari kita mendalami maksud perkataan 'diktator' dan 'teokrasi'.

Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat, diktator bermaksud pemerintah mutlak terutamanya merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim.

Teokrasi pula bermaksud sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara. Persoalan yang timbul, siapakah sebenarnya Mustafa Kemal Ataturk?

Dia dilahirkan pada tahun 1881 di kota Salonik yang ketika itu merupakan kota taklukan Khalifah Uthmaniyah dan juga Presiden Turkiye pertama dalam sejarah dunia.

Dia dianggap sebagai bapa pemodenan yang sangat dibanggakan sehingga diberi gelaran 'Ataturk' iaitu bapa orang Turkiye yang menjadi pembawa sekularisme di Turkiye.

Namun dari sudut pandang lain, Mustafa Kemal ini berbangsa Yahudi yang menjadi Muslim untuk menghancur Islam. Dia juga bertanggungjawab menghapuskan pemerintahan khalifah Islam yang dibubarkan secara rasmi pada 3 March 1924.

Dia juga diberi gelaran Al-Ghazi yang bermaksud orang yang memerangi.

Ubah Turkiye

Artikel Berkaitan:

Permulaannya, dia telah mengubah 'Assalamualaikum' kepada 'merhaba' (selamat datang).

Jatuhnya kerajaan Khalifah Uthmaniyah apabila Mustafa Kemal membubarkan kerajaan Khalifah pada 3 Mac 1924.

Mustafa Kemal memperkenalkan undang-undang baharu yang bercanggah dengan Islam bagi menghapuskan pengaruh Islam di Turkiye.

Antara pembaharuan mengejut yang dilaksanakan pemimpin itu termasuklah membenarkan perempuan memakai tudung, namun dengan syarat berskirt selain menegaskan bahawa negara tidak akan maju sekiranya rakyat tidak berpakaian moden.

Dia juga mengarahkan al-Quran dicetak dalam bahasa Turkiye, Islam bukan lagi agama rasmi, menukarkan Masjid Hagia Sofia menjadi gereja, membatalkan undang-undang waris dan faraid dalam Islam.

Mustafa Kemal juga menganggap dirinya sebagai tuhan sama seperti firaun. Pernah seorang askar ditanya olehnya, siapakah tuhan dan di mana tuhan tinggal? Oleh kerana takut askar tersebut menjawab Mustafa Kamal ialah tuhan.

Melihat kepada segala perubahan yang dilakukan olehnya, diceritakan bahawa ketika di hujung nyawa Mustafa Kemal menderita dengan penyakit dan hukuman yang teruk.

Bayangkan sakaratul mautnya selama enam bulan, namun tak mati mati. Mayatnya disimpan di Ankara sehingga terpaksa disimen atas tanah.

Mengapa sampai begini mayatnya diseksa? Hal ini kerana diberikan kuasa untuk memimpin namun digunakan untuk menghancurkan agama ALLAH.

Akhir kalam, banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah pemerintahan Mustafa Kemal.

Sebagai seorang manusia dan khalifah di muka bumi ini, kita menggalas peranan dan tanggungjawab yang amat besar dalam membawa nama Islam. Sekiranya kita mempunyai jawatan yang tinggi mahupun rendah, setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing.

Semoga kita mampu membawa perubahan yang baik buat agama dan negara.

Wallahu a’lam.

Maklumat Penulis

Mahasiswa Universiti Malaya, Adeeba Raihana Azaruddin

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp