Hampir semua orang pernah menghadapi 'zoned out' yang kerap berlaku dalam situasi tertekan atau apabila kita dikehendaki melakukan sesuatu tidak diminati. Gambar kecil: Nurun Nafeesah.
Hampir semua orang pernah menghadapi 'zoned out' yang kerap berlaku dalam situasi tertekan atau apabila kita dikehendaki melakukan sesuatu tidak diminati. Gambar kecil: Nurun Nafeesah.

Mengapa berlaku 'zoned out'

06 Mar 2024 08:00am

Zoned out adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana seseorang kehilangan perhatian kepada perkara yang berlaku di sekelilingnya atau dalam kata lain, mengelamun.

Kebanyakan masa, mereka akan hilang kesedaran, menjadi tidak responsif atau terlalu menumpukan pada fikiran mereka sendiri tanpa melihat atau menyedari persekitaran mereka.

Selain membantu mengurangkan tekanan dan keletihan, ia adalah salah satu cara otak bertindak balas terhadap keadaan yang tidak menyenangkan.

Pernahkan anda menghadapi situasi sedemikian?

Anda tidak menyedari bahawa anda tidak dapat membaca satu perkataan dalam sepuluh minit semasa membaca buku? Atau mungkin anda mula memikirkan makan malam semasa dalam kelas?

Hampir semua orang pernah menghadapi situasi ini, ia juga kerap berlaku dalam situasi yang tertekan atau apabila kita dikehendaki melakukan sesuatu yang tidak diminati.

Selain itu, apabila orang menghadapi kesukaran, perpisahan menyakitkan atau situasi hidup yang sukar, mereka lebih cenderung untuk mengelamun yang boleh berlaku atas beberapa sebab seperti:

Tidak cukup tidur

Artikel Berkaitan:

- Kekurangan tenaga biasanya menjadikan badan kurang responsif terhadap persekitaran.

Terlalu banyak maklumat

- Terlalu banyak maklumat yang perlu dipelajari dalam masa yang singkat juga boleh menyebabkan kita tidak tahu dari mana untuk bermula.

- Walaupun kita cenderung untuk mengelamun, otak kita akan cuba memproses semua data tanpa kita sedari.

Stres

- Mereka cenderung untuk zoned out sebagai cara mereka menangani stres dalam keadaan yang sukar sehingga mereka bersedia untuk berhadapan dengannya.

- Dalam kes ini, ia adalah salah satu strategi mengatasi, yang tidak semestinya perkara yang buruk.

Manfaat mengelamun

Meningkatkan keupayaan kreatif

- Ini kerana fikiran yang jauh melayang membantu mereka mencari penyelesaian kepada masalah yang kompleks.

Mengurangkan tekanan

- Ia mempunyai keupayaan untuk memberi ruang dan masa kepada fikiran yang kusut untuk berehat dari dunia sebenar.

Keburukan mengelamun

Keselamatan

Mengelamun ini boleh menjadi sesuatu yang membahayakan jika berlaku ketika sedang memandu kenderaan.

Kehilangan fokus ketika memandu boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Kesimpulannya, keadaan di mana seseorang itu hilang tumpuan atau tidak menyedari persekitaran mereka adalah dikenali sebagai zoned out.

Situasi yang membosankan atau tidak menarik, keadaan mental atau emosi, keletihan fizikal, tabiat atau rutin, dan kekurangan rangsangan adalah beberapa sebab ini.

Walaupun zoned out adalah perkara biasa dan semula jadi, ia boleh menjadi satu kebimbangan dan memerlukan bantuan segera.

Maklumat Penulis

Mahasiswa tahun dua, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nurun Nafeesah Roslan

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp