Antara faktor yang mempengaruhi mahasiswa untuk melakukan pekerjaan sambilan termasuklah kos sara hidup yang meningkat. (Gambar hiasan)
Antara faktor yang mempengaruhi mahasiswa untuk melakukan pekerjaan sambilan termasuklah kos sara hidup yang meningkat. (Gambar hiasan)

Mengapa mahasiswa suka kerja sambilan?

11 Feb 2024 08:00am
A
A
A

Di kala kos sara hidup yang semakin meningkat, mendorong segelintir mahasiswa untuk bekerja sambilan bagi menampung balik kos sara semasa di universiti.

Universiti awam dan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini tidak menghalang seseorang pelajar yang ingin bekerja sambilan ketika masih dalam pengajian, asalkan pekerjaan itu tidak dilakukan semasa waktu kelas pengajian atau menjejaskan mereka.

Keseimbangan antara kerja dan belajar adalah penting untuk memastikan prestasi akademik yang baik. Oleh itu, adalah penting menguruskan masa dengan bijak agar kerja sambilan tidak mengganggu prestasi akademik pelajar.

Antara perkerjaan sambilan yang dilakukan oleh pelajar seperti menjual secara online berikutan ia cara yang cepat dan mudah untuk memperoleh pendapatan tambahan.

Pelajar boleh menjual pelbagai produk seperti pakaian, aksesori, barangan keperluan pelajar atau makanan. Ia melibatkan penggunaan akaun penjualan di platform seperti Shopee, Lazada, atau TikTok.

Usaha yang konsisten dan pengetahuan strategi pemasaran digital boleh membantu pelajar lebih berjaya dalam penjualan online.

Selain itu, sesetengah pelajar juga melakukan pekerjaan sambilan seperti menjadi guru pembelajaran tambahan. Jika pelajar mempunyai kemahiran khusus dalam bidang tertentu seperti matematik, bahasa atau muzik, menjadi guru pembelajaran tambahan boleh menjadi pilihan terbaik.

Seterusnya, kerja di kedai makan juga menjadi pilihan kerja sambilan bagi pelajar. Pekerjaan ini memerlukan kemahiran dalam berkomunikasi dengan pelangan, mengendalikan transaksi tunai, dan mngikuti arahan semasa di dapur.

Artikel Berkaitan:

Antara faktor yang mempengaruhi mahasiswa untuk melakukan pekerjaan sambilan termasuklah kos sara hidup yang meningkat.

Kos sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai di antara mereka perlu mencari pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan.

Selain itu, kecilnya elaun atau bantuan kewangan dari institusi pengajian tinggi juga menjadi faktor yang mempengaruhi mahasiswa untuk mencari pekerjaan sambilan.

Sesetengah mahasiswa mungkin tidak menerima elaun atau bantuan kewangan yang mencukupi memaksa mereka mencari pekerjaan sambilan untuk menampung kos sara hidup.

Cari pengalaman

Keinginan untuk mendapatkan pengalaman kerja juga merupakan faktor yang mempengaruhi mahasiswa melakukan pekerjaan sambilan.

Mahasiswa mungkin sedar akan kepentingan pengalaman kerja dalam memasuki pasaran kerja, oleh itu mereka mengambil peluang untuk bekerja sambilan demi mendapatkan pengalaman yang berharga.

Selain itu, pekerjaan sambilan juga memberikan peluang kepada mahasiswa untuk belajar nilai-nilai kerja keras dan tanggungjawab yang penting dalam kehidupan profesional mereka kelak.

Sesetengah mahasiswa mungkin memilih bekerja sambilan untuk mengurangkan beban kewangan keluarga, terutamanya jika mereka datang dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.

Dengan adanya faktor-faktor ini, tidak hairanlah jika ramai mahasiswa IPT memilih untuk bekerja sambilan demi mengejar impian dan menangani cabaran kewangan.

Namun, terdapat juga pelbagai kebaikan melakukan pekerjaan sambilan antaranya membolehkan mahasiswa mendapatkan pendapatan tambahan untuk menampung kos hidup sewaktu di universiti.

Kos sara mahasiswa IPTA seperti yuran pengajian, kos penginapan, makanan dan buku-buku pengajian sememangnya memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Dengan adanya pekerjaan sambilan, mahasiswa dapat menampung sebahagian daripada kos tersebut tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada keluarga atau pinjaman pelajaran.

Selain itu, impak daripada melakukan pekerjaan sambilan ini juga pelajar dapat mencari nilai tambah kepada pelajar itu sendiri memandangkan mereka sudah terdedah lebih awal kepada alam pekerjaan. Hal ini dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar akan persekitaran pekerjaan yang tidak dapat dipelajari semasa sesi pembelajaran dalam kelas.

Di samping itu, pelajar juga dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran insaniah dengan secara tidak langsung daripada melakukan pekerjaan sambilan ini. Antaranya ialah pelajar dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan baik. Semasa bekerja pelajar akan berdepan dengan pelbagai jenis masyaratkat.

Hal ini dapat meningkatkan keyakinan dalam diri seseorang pelajar dalam berkomunikasi dan bertutur dengan masyarakat. Satu kelebihan kepada pelajar apabila dapat berkomunikasi bersama masyarakat dengan lebih baik. Perkara ini sememangnya tidak akan dapat diperoleh dari dalam kelas secara keseluruhan.

Selain itu juga, nilai tambah yang boleh pelajar dapati semasa bekerja ialah dapat mempraktikkan perikiran kritkal dan perkara ini boleh didapati semasa mereka perlu menyelesaikan sesuatu masalah dalam pekerjaan.

Lantaran itu, pelajar tidak akan mempunyai masalah tekanan atau terkejut apabila diminta majikan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam pekerjaan selepas bergraduasi.

Kemahiran lain yang juge boleh mahasiswa peroleh semasa bekerja lalah pengurusan masa dan pengurusan wang secara sistematik. Tambahan lagi. mempunyal kelebihan untuk bekerja dalam kumpulan sememangnya merupakan cin-ciri yang dicari olen majikan sekarang.

Justeru, pelajar yang mempunyai pengalaman dalam bekerja sambilan mempunyai kelebihan berbanding dengan mahasiswa yang lain.

Salah satu kebaikan pelajar bekerja sambilan ialah menjauhi diri daripada melakukan jenayah seperti merompak.

Kekangan hidup sesama berada di pusat institut telah mengakibatkan segelintir pelajar mengambil inisiatif untuk menambahkan pendapatan seperti mencuri atau merompak.

Namun begitu, terdapat juga kesan negatif terhadap pekerjaan sambilan terhadap kos sara mahasiswa IPTA.

Pekerjaan sambilan seringkali mengambil masa yang banyak daripada masa belajar mahasiswa. Ini boleh menyebabkan prestasi akademik mereka menurun kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran.

Selain itu, pekerjaan sambilan juga boleh menyebabkan mahasiswa mengalami tekanan emosi dan stres disebabkan oleh beban kerja yang tinggi.

Kesan negatif lain termasuklah kurangnya masa untuk berehat dan rehat yang mencukupi.

Mahasiswa yang bekerja sambilan mungkin terpaksa mengorbankan masa rehat dan berehat mereka untuk menyelesaikan tugasan kerja sambilan. Kurangnya rehat boleh menyebabkan keletihan dan penurunan tahap kesihatan mereka. Selain itu, pekerjaan sambilan juga boleh mengganggu kehidupan sosial mahasiswa.

Mereka mungkin tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bersosialisasi dengan rakan-rakan atau mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum kerana terlalu sibuk dengan kerja sambilan.

Bagi mengatasi kesan negatif ini, penting bagi mahasiswa untuk menguruskan masa dengan baik antara pekerjaan sambilan dan pembelajaran. Mereka juga perlu memilih pekerjaan sambilan yang fleksibel dan tidak terlalu membebankan agar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran. Institusi pengajian juga perlu menyediakan sokongan dan bantuan kepada mahasiswa yang bekerja sambilan untuk memastikan mereka dapat menyeimbangkan kehidupan kerja dan akademik dengan baik.

Maklumat Penulis

Pelajar Tahun Akhir SM Ekonomi (Sumber Alam), Ahmad Akmal Danial Amran

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok