Palestin vs Israel: Boikot atau sokong?
Membaca pada tajuk sahaja sudah boleh menimbulkan persoalan terhadap isu boikot produk Israel yang sedang hangat di seluruh dunia.
Jadi suka untuk saya berkongsi antara kesan boikot terhadap ekonomi negara.
Salah satu impak besar hasil daripada boikot merupakan kemerosotan atau kejatuhan ekonomi. Ia kerana segala proses perdagangan dari luar serta dalam negara tersebut akan berkurang.
Lebih-lebih lagi terhadap negara yang ekonominya berpunca daripada hasil perdagangan barang eksport dan import.
Selain itu, boikot juga secara tidak langsung mampu memberi kesan kepada hubungan diplomasi.
Apabila boikot dilakukan terhadap sesebuah negara, ia membuka ruang perbincangan bersama negara-negara lain bagi mengatasi isu tersebut.
Dalam erti kata lain, kesan boikot ini mampu mencipta perdamaian, akan tetapi boleh juga memutuskan hubungan dek kerana tidak berhasil mencapai persetujuan bersama.
Dalam isu sekarang, kita dapat melihat masyarakat dunia yang menyokong Palestin semakin rancak mempromosi orang ramai untuk memboikot barangan Israel.
Ia jelas membuktikan bahawa peranan boikot dalam meruntuhkan sesebuah negara khususnya ekonomi memberi impak yang sangat kuat.
Lebih meyakinkan lagi apabila berita tempatan dan akhbar turut berkongsi mengenai kemerosotan ekonomi rejim Israel serta menjangkakan kesannya pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, demi memerangi penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, eloklah kita menyambut usaha masyarakat dunia dalam memboikot produk-produk Israel, selain memartabatkan lagi produk tempatan.
Maklumat Penulis
Mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nur Ain Nuha Mohamedfakarudin
Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my