Muhammad Asrie (dua dari kanan) menerima geran berjumlah RM10,000 sumbangan Yayasan Sarawak.
Muhammad Asrie (dua dari kanan) menerima geran berjumlah RM10,000 sumbangan Yayasan Sarawak.

PEMASAR USIM terima geran RM10,000 sumbangan Yayasan Sarawak

23 Nov 2023 09:54am

Persatuan Mahasiswa Sarawak (PEMASAR) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima geran sebanyak RM10,000 sumbangan Yayasan Sarawak pada Selasa.

Presiden PEMASAR, Muhammad Asrie Satar berkata, dana yang diterima pada Program Cakna Anak Sarawak akan digunakan dalam pelbagai program kelak khas untuk anak-anak Sarawak yang mengikuti pengajian di USIM.

“Untuk masa terdekat, PEMASAR akan mengadakan program Lan Ngelala pada 25 November 2023.

“Lan Ngelala merupakan program tahunan yang menyediakan isi kandungan sesi sual kenal antara penuntut dari Sarawak di samping pelantikan ahli PEMASAR baru untuk sesi seterusnya,” jelasnya yang berhasrat menjadikan PEMASAR sebagai persatuan bergiat aktif dalam pelbagai aspek sekali gus berusaha membantu menyelesaikan masalah dihadapi penuntut Sarawak terutamanya di USIM.

Sementara itu, seorang ahli PEMASAR, Dayang Juzailah berkongsi perasaan gembira apabila berpeluang mengikuti Program Cakna Anak Sarawak tersebut.

“Pelbagai inisiatif telah ditawarkan Yayasan Sarawak kepada peserta program.

“Justeru, saya sangat teruja dengan inisiatif yang dikongsi dan tidak sabar untuk menyertai program yang bakal dijalankan nanti,” ujarnya.

Maklumat Penulis

Artikel Berkaitan:

Mahasiswa USIM, Wardah Rahim dari kelas ACJ 3083

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp