gambar hiasan - freepik
gambar hiasan - freepik

Berita baik buat mahasiswa IPTA, IPTS Sarawak

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
30 Nov 2023 08:47am

Berita baik kepada semua mahasiswa institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), bantuan sewa Sarawak kini diperluaskan menerusi Skim Bantuan Sewa Sarawak (SRAS).

SRAS adalah bantuan sewa buat mereka yang layak dengan bantuan sebanyak RM200 sebulan selama 36 bulan atau tiga tahun maksimum.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Michael Tiang Ming Tee, SRAS kini tersedia buat mahasiswa negeri itu yang melanjutkan pengajian di mana-mana IPTA atau IPTS.

“SRAS terbuka kepada IPTA dan IPTS di Sarawak yang hanya terpakai kepada mereka yang belajar di luar kawasan Sarawak dan perlu menyewa bilik atau rumah.

“Katakanlah anda dari Kuching, belajar di Swinburne, anda tidak layak. Tetapi sekiranya anda dari Sarikei dan belajar di Swinburne, menyewa bilik atau rumah, anda layak kerana belajar di luar kawasan.

“Selain itu, kelayakan bantuan ini juga mengikut pendapatan bulanan keluarga atau penjaga yang tidak boleh melebihi RM4,556. SRAS terhad kepada seorang pelajar bagi setiap isi rumah,” katanya seperti dipetik portal tempatan.

Beliau turut menyatakan sekurang-kurangnya 4,000 mahasiswa dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Buat mereka yang berminat boleh membuat permohonan di laman sesawang https://hdc.sarawak.gov.my

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp