Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain (tengah) menurunkan cap tapak tangan bagi menyempurnakan gimik pelancaran kempen pemuliharaan.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain (tengah) menurunkan cap tapak tangan bagi menyempurnakan gimik pelancaran kempen pemuliharaan.

Kempen pemuliharaan lautan UMT diiktiraf MBOR

24 May 2024 07:25am

Lautan adalah anugerah ciptaan agung yang terbentang luas, menyelimuti hampir tiga per empat permukaan bumi.

Dengan warna birunya yang mempesona dan gelombangnya menghempas pantai, ia memberi gambaran tahap kesihatan bumi yang antara lain bertindak sebagai penopang kehidupan, penjaga iklim dan ekosistem yang tak ternilai harganya.

Namun, keindahan dan fungsi penting lautan semakin terancam oleh aktiviti manusia. Pencemaran plastik yang terapung bagaikan buih di permukaan laut memberi kesan buruk kepada hidupan laut dan ekosistem.

Haiwan seperti penyu sering menganggap sampah sarap seperti plastik sebagai makanan dan akhirnya ‘makanan’ tersebut membunuh haiwan yang kian diancam kepupusan itu.

Pelbagai usaha telah dilakukan dalam menyebarkan kempen pemuliharaan alam sekitar khususnya penjagaan laut.

Kakitangan UMT turut menyatakan sokongan dengan menurunkan cap tapak tangan pada kanvas mega yang diiktiraf MBOR.
Kakitangan UMT turut menyatakan sokongan dengan menurunkan cap tapak tangan pada kanvas mega yang diiktiraf MBOR.

Namun, kecanggihan teknologi masa kini masih tidak mampu mengubah gaya pemikiran masyarakat untuk bersikap lebih peka terhadap aspek pengurusan sampah dan sisa buangan.

Bagi terus memupuk dan menerapkan kesedaran dalam masyarakat, sekumpulan penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil inisiatif mengadakan kempen pemuliharaan penyu yang mendapat pengiktirafan The Malaysian Book of Records (MBOR).

Artikel Berkaitan:

Pengarah Projek, Easwary Kodisvaren menjelaskan bahawa, kempen pemuliharaan laut khususnya penyu adalah antara khidmat sosial mereka.

“Program LAHARA: The Tidal Tales of Triumph sebagai medan untuk mahasiswa menyebarkan kempen kesedaran pemuliharaan lautan kepada masyarakat umum.

No Image Caption

“Kami berbangga kerana kempen ini berjaya mendapat sokongan daripada seluruh warga universiti dan komuniti sekitar untuk menurunkan cap tapak tangan berwarna pada kanvas bersaiz mega yang mendapat pengiktirafan MBOR," katanya.

Tambah beliau, kanvas tersebut berukuran 19 meter panjang dan 15 meter lebar itu mengambil masa kira-kira 24 jam untuk dipenuhkan dengan cap tapak tangan dan proses itu dirakam dan disiarkan secara langsung menerusi media sosial rasmi UMT.

“Penganjuran berkenaan bagi menyokong usaha UMT sebagai universiti berfokus marin yang menjalankan aktiviti pemuliharaan marin dan peneraju ilmu kelautan serta sumber akuatik," katanya.

Kanvas bersaiz 19 meter lebar dan 15 meter panjang yang mendapat pengiktirafan.
Kanvas bersaiz 19 meter lebar dan 15 meter panjang yang mendapat pengiktirafan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp