No Image Caption

Kemungkinan banjir, staf dan penuntut UUM perlu siap siaga

26 Sep 2023 10:57am



Kakitangan dan mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) diingatkan supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir akibat hujan yang tidak menentu ketika ini.

Naib Canselornya, Profesor Dr Mohd Sakdan menitipkan pesanan agar mereka sentiasa mengikuti perkembangan ramalan dan amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya hujan yang berterusan.

No Image Caption



Pendaftar UUM, Ahmad Rasidi Abdullah pula berkata, semua staf yang terlibat dengan banjir boleh menghubungi Pegawai Kebajikan di Jabatan Pendaftar, Mohd Yusnaidi Md Sabri sekiranya memerlukan sebarang bantuan.

Sementara itu, Mohd Yusnaidi berkata, staf yang terlibat dengan banjir boleh menghubungi talian 04-9283154 atau 019-4719675 sekiranya ingin melapor atau mendapatkan khidmat nasihat.

Ujar beliau, pihaknya akan membantu mereka (mangsa banjir) dan memaklumkan sekiranya berpindah ke pusat penempatan banjir atau ke rumah saudara mara supaya jabatan dapat membantu samada dalam bentuk kewangan atau barang keperluan.

Difahamkan Kedah kini sedang dilanda musim hujan semenjak beberapa hari lalu dan diramalkan bakal berterusan sehingga Khamis ini.

Oleh itu, seluruh penduduk negeri berkenaan dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga bagi persediaan menghadapi segala kemungkinan di samping menjaga kebersihan persekitaran.

Artikel Berkaitan:


Persekitaran yang bersih boleh menjauhkan kita daripada jangkitan penyakit.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp