Kerjasama dengan semua jabatan di dalam USM telah dibentuk dan dikerahkan bagi menangani krisis air di kampus induk dan kejuruteraan.
Kerjasama dengan semua jabatan di dalam USM telah dibentuk dan dikerahkan bagi menangani krisis air di kampus induk dan kejuruteraan.

USM siap siaga tangani krisis air

AZLEENDA SAHALUDIN
09 Jan 2024 02:02pm
A
A
A

Pengurusan Tertinggi Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil berat akan krisis air dari awal sejak hebahan pertama dikeluarkan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) termasuk saranan daripada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

Melihat kepada situasi ini juga, satu Jawatankuasa Tangani Krisis Air Dalam Kampus ditubuhkan dengan membuka Bilik Gerakan serta Pusat Pengurusan Bencana (Nerve Centre) USM yang dijadikan sebagai pusat koordinasi.

Menurut Pengarah Nerve Centre USM, Profesor Datuk Sivamurugan Pandian, pusat koordinasi itu bermula sejak 30 Disember lalu, melibatkan kampus induk dan kampus kejuruteraan universiti tersebut.

 Profesor Datuk Sivamurugan
Profesor Datuk Sivamurugan

**pullquote**

“Justeru, kerjasama dengan semua jabatan di dalam USM telah dibentuk dan dikerahkan dengan mewujudkan beberapa insiatif bagi menangani krisis air di dalam kampus induk dan kejuruteraan,” katanya.

Antara insiatif tersebut adalah:

Kampus induk

Artikel Berkaitan:

1) Bilik Gerakan Krisis Air ditubuhkan di Nerve Centre USM.

2) Hebahan Rasmi Universiti bahawa semua kakitangan perlu bekerja dari rumah kecuali petugas barisan hadapan.

3) Pembelajaran diadakan secara dalam talian dan menggalakkan pelajar untuk pulang ke kampung bagi meminimumkan keberadaan pelajar di dalam kampus.

4) Aktiviti Persatuan Pelajar berbentuk fizikal perlu ditangguhkan bagi menyokong hebahan daripada Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa.

5) Bagi meminimumkan penggunaan air dalam kampus, hanya 2 kafe beroperasi di Kampus Induk iaitu kafe BFPP dan Kafe Tekun.

6) Beberapa jabatan utama akan menangguhkan operasi perkhidmatan sementara bagi melicinkan dan melancarkan perancangan antaranya perpustakaan dan muzium.

7) Perkhidmatan Pusat Sejahtera (Kesihatan & Pergigian) ;

- hanya menumpukan kepada perkhidmatan kecemasan (termasuk perubatan dan pergigian) sahaja. Talian kecemasan yang boleh dihubungi adalah 04-653 3999 / 04- 653 4900 (waktu pejabat).

- Bagi perkhidmatan kecemasan selepas waktu pejabat, para pelajar boleh hubungi "Doctors on call" di talian 019-293 0787.

- Bagi para pesakit yang ingin mendapatkan atau menyambung pengambilan ubat, boleh hubungi talian telekonsultasi di nombor 04-653 4912.

- Tiada perkhidmatan pemeriksaan kesihatan berkala (routine medical check-up) dan pemeriksaan kesihatan kemasukan pelajar serta staf.

- Perkhidmatan klinik panel pelajar (Hari Bekerja: 5 hingga 7 petang dan Hari Minggu: 8 pagi hingga 4 petang) ditangguhkan sehingga 21 Januari 2024.

8) Saliran air bawah tanah digunakan bagi kemudahan dan sokongan kepada jemaah di Masjid Al Malik Khalid solat berjemaah dan sebagai persediaan Solat Jumaat (12 Januari 2024).

9) Bas Komuter Pelajar akan dikurangkan perkhidmatan. Daripada 6 biji bas kepada 4 biji bas sahaja (1 Bas Restu, Saujana dan Tekun (RST),1 Bas Aman Damai dan 2 Bas dalam Kampus).

12) Pihak Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) sentiasa bersiap sedia dari segi teknikal dan pengurusan saluran air dalam kampus dengan lebif efektif.

13) Kempen Kesedaran dan Penjimatan Air berserta hebahan turut giat dijalankan lebih awal sebagai persediaan.

14) Kerjasama daripada Pejabat Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor,Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti,Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Jabatan Keselamatan, Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Penggawa amat membantu dalam pelaksanaan operasi ini.

15) Bilik Gerakan boleh dihubungi 24 jam di talian 04-6536124/2267/0174500731.

Kampus kejuruteraan

1) Pembelajaran dijalankan secara dalam talian bermula 10 hingga 14 Januari. Pembelajaran secara bersemuka akan bermula pada 15 Januari.

2) Kakitangan USM turut menjalankan kerja dari rumah (WFH) namun perlu hadir ke kampus kepada yang terlibat dengan aktiviti pembelajaran.

3) Perkhidmatan Pusat Sejahtera akan menumpukan kepada:

- Perkhidmatan rawatan perubatan dan kecemasan sahaja

- Perkhidmatan rawatan pergigian dan makmal diagnostik ditutup

- klinik panel pelajar (hari bekerja 5 hingga 7 petang manakala hujung minggu atau cuti umum 8 pagi hingga – 4 petang) ditutup pada 10 hingga 14 Januari 2024.

- Sebarang pertanyaan hubungi kaunter unit kesihatan 045995201

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok