Syed Mohamed (kiri) menerima kelulusan  naik taraf universiti daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Syed Mohamed (kiri) menerima kelulusan naik taraf universiti daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

KPJUC dinaik taraf ke universiti

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
11 Jul 2023 02:18pm
A
A
A

Pembangunan institusi kesihatan bukan sahaja menyentuh soal rawatan kepada orang ramai tetapi turut melibatkan penyelidikan dan kemajuan positif dalam kualiti akademik lepasan bidang tersebut.

Justeru, sejajar dengan aspirasi berkenaan, Kolej Universiti KPJ Healthcare (KPJUC) baru-baru ini telah dinaik taraf ke universiti secara rasmi dengan nama baharu iaitu Universiti KPJ Healthcare (KPJU).

Institusi pendidikan premier di bawah naungan KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) itu dianugerahi surat rasmi kelulusan naik taraf universiti daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut Pengerusi KPJU, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, naik taraf tersebut komitmen mereka untuk menghasilkan impak transformatif dalam dunia pendidikan kesihatan global.

“Pencapaian ini mengetengahkan KPJU sebagai universiti swasta pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menawarkan program sarjana dalam pakar perubatan.

“Komitmen yang tidak berbelah bahagi universiti untuk menyampaikan latihan termaju dan khusus membuktikan dedikasi untuk memenuhi permintaan sektor penjagaan kesihatan yang berkembang pesat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Syed Mohamed memberitahu, dalam perkembangan yang sama, pihaknya kini sedang menelusuri inovasi teknologi rawatan kepada pesakit.

Antaranya termasuk kerjasama dengan Samsung Electronics Co Ltd yang dijalinkan tahun ini untuk penyelesaian perubatan dan diagnostik yang tepat.

Artikel Berkaitan:

Perkongsian ini menyasarkan evolusi pengimejan radiologi dikuasakan teknologi kecerdasan buatan (AI), membolehkan diagnosis yang pantas dan tepat.

KPJU telah melahirkan 13,000 graduan yang mana kesemua mereka telah mencipta nama dalam profesion penjagaan kesihatan masing-masing di seluruh dunia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok