Kejayaan MSU meningkatkan kedudukan QS-WUR melibatkan lima subjek pada tahun 2024, meletakkan universiti itu sebaris dengan insitusi pengajian tinggi terkemuka global.
Kejayaan MSU meningkatkan kedudukan QS-WUR melibatkan lima subjek pada tahun 2024, meletakkan universiti itu sebaris dengan insitusi pengajian tinggi terkemuka global.

Lima subjek MSU catat kedudukan terbaik QS-WUR 2024

22 Apr 2024 10:22am
A
A
A

Management and Science University (MSU) terus mengukuhkan reputasinya dalam arena pendidikan tinggi global dengan mencatat pencapaian cemerlang dalam Quacquarelli Symonds, World University Rankings by Subject 2024 (QS-WUR 2024).

Pencapaian itu menyaksikan lima subjeknya tersenarai dalam kedudukan terbaik QS-WUR 2024 berbanding tiga mata pelajaran pada tahun sebelumnya.

Lima subjek mencatat pencapaian terbaik pada tahun ini ialah Hospitality And Leisure Management yang disenaraikan pada kedudukan ke-29 dunia dan kedua di Malaysia, meningkat 17 anak tangga berbanding tahun 2023.

Turut mencatat peningkatan, subjek Art And Design yang yang disenaraikan pada kedudukan ke-51 daripada 100 dunia dan pertama di Malaysia.

Bagi subjek Business And Management Studies, MSU disenaraikan pada kedudukan 251 daripada 300 dunia dan kelapan di Malaysia iaitu peningkatan 50 anak tangga berbanding 2023.

“Pencapaian lain termasuk penyenaraian pertama kali subjek Social Sciences And Management di kedudukan 501 daripada 550 dan ke-10 Malaysia, Computer Science And Information Systems pada kedudukan 601 daripada 650 senarai QS-WUR 2024 dan ke-13 di Malaysia.

“Kejayaan ini menandakan peningkatan prestasi MSU berskala global, menempatkan kami di kalangan institusi terkemuka dunia,” menurut MSU.

Penilaian QS WUR 2024 melibatkan lebih 1,500 institusi seluruh dunia merangkumi 54 subjek serta lima disiplin pengajian, membuktikan komitmen MSU terhadap kualiti pembelajaran dan pengajaran.

Artikel Berkaitan:

Pencapaian itu adalah hasil kerjasama rapat dengan lebih 2,000 rakan industri melalui University Industri Advisory Panel (UIAP), memastikan setiap graduan MSU memenuhi keperluan industri global.

MSU juga menjalinkan kerjasama dengan lebih 400 rakan universiti strategik seluruh dunia, memperkukuhkan program pengantarabangsaan melalui pelbagai inisiatif seperti program mobiliti dan kolaborasi dalam penyelidikan serta penerbitan bersama.

MSU turut melancarkan program mobiliti seperti Global Mobility Program (GMP), Global Leadership Program (GLP) dan Global Internship Program (GIP) yang disokong Yayasan MSU melalui Scholarship for Mobility and International Learning Experiences (SMILE).

Dengan penekanan kebolehpasaran, keusahawanan, jalinan komuniti dan pendidikan fleksibel, MSU memperkukuh misi dalam membangun modal insan berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa industri serta masyarakat global.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok