Peserta didedahkan cara mengurus jenazah dengan betul dalam slot Bengkel Pengurusan Jenazah.
Peserta didedahkan cara mengurus jenazah dengan betul dalam slot Bengkel Pengurusan Jenazah.

Mahabbah Care4Ummah 5.0 mahasiswa Universiti Malaya

15 Apr 2024 03:31pm
A
A
A

Mempersiapkan diri sebagai individu dalam masyarakat, sekumpulan mahasiswa dari Universiti Malaya (UM) mengambil inisiatif mengadakan aktiviti khidmat bakti bersama komuniti mualaf di pedalaman Pitas dan Ranau, Sabah.

Program Mahabbah Care4Ummah 5.0 yang disertai seramai 24 mahasiswa dari Jabatan Syariah dan Pengurusan UM itu berjaya menarik perhatian hampir 300 orang penduduk mualaf etnik Bajau dan Dusun.

Pengarah program yang juga merupakan mahasiswa UM, Amir Haidar Abdul Samad berkata, aktiviti khidmat bakti yang diadakan bertujuan membentuk insan berperikemanusiaan dan peduli dengan masyarakat sekeliling.

“Idea menganjurkan program ini muncul setelah mendengar taklimat daripada wakil pertubuhan Care4Asnaf yang dijemput oleh pensyarah subjek Keusahawanan Islam, Dr Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi.

"Apabila diberi peluang bekerjasama dengan Care4Asnaf menjayakan misi kemanusiaan di Sabah, kami tidak melepaskannya kerana ia peluang baik dalam pembinaan jati diri kami sebagai graduan yang akan menyertai masyarakat kelak,” kata Amir Haidar baru-baru ini.

Amir Haidar
Amir Haidar

Amir Haidar berkata lagi, program ini bukan sahaja menyampaikan dakwah kepada komuniti mualaf dan asnaf di kawasan pedalaman, tetapi turut menitikberatkan perkongsian ilmu serta bakti kepada mereka yang kurang bernasib baik.

"Selain aktiviti bengkel solat, pengurusan jenazah, tilawah al-Quran, agihan bantuan makanan dan kelengkapan sekolah, kami juga berpeluang menyelami kehidupan mereka di kawasan pedalaman khasnya yang baharu sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sukarelawan membawa barang agihan bantuan untuk penduduk kampung Linapasan, Mukim Malinsau, Ranau, Sabah.
Sukarelawan membawa barang agihan bantuan untuk penduduk kampung Linapasan, Mukim Malinsau, Ranau, Sabah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok