Mifzal Salihin
Mifzal Salihin

Mahasiswa UM Tokoh Siswa Kebangsaan 2022

MARIATUL QATIAH ZAKARIAMARIATUL QATIAH ZAKARIA
23 Mar 2023 11:30am

Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Mifzal Salihin telah dipilih sebagai penerima Anugerah Menteri Pengajian Tinggi sekali gus dinobatkan sebagai Tokoh Siswa Kebangsaan sempena Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2022 anjuran Kementerian Pendidikan (KPT), baru-baru ini.

Mifzal, 22, pelajar Tahun Tiga, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal terpilih merangkul anugerah tersebut hasil penglibatan cemerlang dalam bidang keusahawanan yang memberi manfaat kepada rakan universiti.

Bercerita lebih lanjut mengenai hal tersebut, menurut Mifzal, dia telah mewujudkan AfterKelas.com iaitu kelas tutor secara dalam talian sejak tiga tahun lalu dan sehingga kini melibatkan penyertaan antara 40 hingga 50 mahasiswa UM.

Mifzal Salihin
Mifzal Salihin

“Mereka ini adalah tutor aktif yang mengajar subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

“Boleh dianggarkan pendapatan bulanan mereka antara RM1,000 hingga RM1,500,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) 2022, di Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Anak kelahiran Shah Alam, Selangor itu berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta trofi utama, biasiswa dan sijil yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kongsi anak sulung daripada empat beradik itu lagi, dia bercita-cita untuk bergelar usahawan berjaya apabila menamatkan pengajian kelak.

Mohamed Khaled dalam ucapannya berkata, anugerah Tokoh Siswa KPT merupakan platform bagi menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan mahasisawa dalam pelbagai bidang merangkumi akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Mohamed Khaled
Mohamed Khaled

“Kita mahu mengiktiraf dan memberi galakan kepada mahasiswa yang telah mempamerkan kecemerlangan kepimpinan melalui penglibatan secara langsung dalam pelbagai lapangan pembangunan insaniah,” katanya.

Beliau berkata, tanggungjawab KPT adalah selaras dengan hasrat memastikan setiap mahasiswa mendapat pendidikan terbaik daripada tenaga pengajar yang berkualiti.

Katanya pada masa sama, KPT berperanan memberikan segala ruang dan peluang untuk mahasiswa mendapatkan pengalaman hidup yang diperlukan dalam meniti kedewasaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp