Antara alumni dan pelajar tajaan Mahsuri Dagang hadir bergambar bersama Ketua Eksekutif FIM, Norafidah Mohd Hashim (dua dari kanan) bersama Mohd Jazri Ikhmal.
Antara alumni dan pelajar tajaan Mahsuri Dagang hadir bergambar bersama Ketua Eksekutif FIM, Norafidah Mohd Hashim (dua dari kanan) bersama Mohd Jazri Ikhmal.

Mahsuri Dagang taja 10 lagi pelajar bidang kulinari ke FIM

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
21 Mar 2025 10:54am

Kecemerlangan 10 pelajar tajaan Mahsuri Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) siri pertama pada tahun 2023 di Institut Makanan Malaysia (FIM) membuka ruang kepada kumpulan baharu untuk mengikuti bidang masakan Melayu.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan dalam usaha melahirkan lebih ramai chef muda berbakat.

Sekali lagi, Mahsuri Dagang memberi tajaan penuh kepada 10 pelajar daripada golongan B40 untuk melanjutkan pelajaran ke FIM dalam bidang sama selama tujuh bulan.

Pelajar akan mempelajari ilmu masakan selama empat bulan, manakala selebihnya mereka perlu menjalani latihan industri di mana-mana cawangan hotel atau restoran.

Lebih menggembirakan, bakat pelajar dapat dilihat dan diasah di tempat praktikal, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk terus diserap bekerja.

Mohd Jazri Ikmal
Mohd Jazri Ikmal

Pengarah Hal Ehwal Luar Mahsuri Dagang, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, syarat kemasukan pelajar ke industri di bawah tajaan syarikat tersebut dipilih dan ditetapkan oleh FIM serta Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Jadi, pihak FIM akan mendapatkan senarai keluarga B40, dan pelajar perlu tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

“Mereka benar-benar mahu menjadi chef, beraspirasi untuk menceburi bidang kulinari.

“FIM menjalankan tanggungjawab dengan telus dan melakukan penapisan yang ketat, termasuk sesi temu duga pelajar. Oleh itu, tiada isu pelajar menarik diri di pertengahan sesi pembelajaran,” katanya.

Bagaimanapun, Mahsuri Dagang tidak menetapkan syarat supaya pelajar perlu bekerja dengan syarikat berkenaan selepas tamat pengajian.

Mohd Jazri Ikmal turut berharap agar pelajar tajaan Mahsuri Dagang terus cemerlang dalam dunia kulinari.

“Saya berharap mereka terus berjaya, sama ada membuka restoran sendiri atau menaiki tangga kerjaya dalam bidang ini kerana mereka bermula dari peringkat bawahan atau pertengahan.

“Mahsuri Dagang juga berharap mereka akan menjadi ketua chef di hotel atau restoran terkemuka,” katanya.

Mohd Jazri Ikhmal (tengah) bergambar bersama wakil pihak media yang hadir pada majlis berbuka puasa secara tertutup di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Mohd Jazri Ikhmal (tengah) bergambar bersama wakil pihak media yang hadir pada majlis berbuka puasa secara tertutup di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Mahsuri Dagang menjemput pihak media dan rakan-rakan vendor ke majlis berbuka puasa secara tertutup di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Khamis.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp