Sistem pertanian yang dibangunkan Makmal MCMC-UUM untuk warga sekolah SK Telaga Mas
Sistem pertanian yang dibangunkan Makmal MCMC-UUM untuk warga sekolah SK Telaga Mas

Makmal MCMC-UUM bangunkan aplikasi IoT untuk warga sekolah SK Telaga Mas

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAINFIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
14 Feb 2023 09:38pm
A
A
A

Saban tahun perkembangan kemajuan teknologi internet pada peranti telefon bimbit telah menjadikannya sukar untuk dipisahkan daripada manusia.

Seperti yang kita dapat lihat hari ini, kebergantungan manusia terhadap teknologi itu semakin tinggi dengan pelbagai urusan harian mereka kini dapat diuruskan menggunakan hujung jari.

Ini menunjukkan teknologi yang digunakan dengan baik mampu memberikan manfaat kepada masyarakat sekitar.

Untuk itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Makmal Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC)-UUM, MakerSpace di bawah Pusat Pengajian Komputer telah berkerjasama dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Telaga Mas, Pokok Sena, Kedah, membangunkan aplikasi internet kebendaan (Internet of Things- IoT) bagi kegunaan warga sekolah tersebut.

Dengan menggunakan internet, kolaborasi dua pihak itu berjaya membangunkan aplikasi sistem pertanian pintar.

Felo Makmal MCMC-UUM MakerSpace, Suwannit Chareen Chit Sop Chit berkata, projek ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan IoT kepada warga sekolah itu terutamanya kepada guru-guru dan pelajar tahap dua di SK Telaga Emas.

Ujar Suwannit Chareen lagi, dengan pembangunan aplikasi itu kini warga sekolah tidak perlu datang menyiram tanaman dan sayuran kerana ia mampu dikawal dari jauh.



Artikel Berkaitan:

Sistem pertanian yang dibangunkan Makmal MCMC-UUM untuk warga sekolah SK Telaga Mas
Sistem pertanian yang dibangunkan Makmal MCMC-UUM untuk warga sekolah SK Telaga Mas



“Mereka tidak perlu lagi datang untuk menyiram sayuran seperti bendi, cili dan terung secara fizikal di sekolah.

“Melalui aplikasi ini, mereka boleh mengawal penyiraman terus dari rumah masing-masing secara jarak jauh menerusi sambungan internet,” katanya pada program pembangunan aplikasi IoT di SK Telaga Mas baru-baru ini.

Selain itu tambah Suwannit Chareen, sistem pertanian itu turut menggunakan takungan air hujan yang mereka kumpul dari bangunan dan surau berhampiran serta air pendingin hawa.

Katanya, kaedah yang diterapkan dalam projek ini membantu pihak sekolah untuk menjimatkan penggunaan air.

“Makmal MCMC-UUM MakerSpace juga menyediakan bekas untuk menghasilkan baja kompos bagi kegunaan pihak sekolah untuk membaja sayuran mereka.

“Melalui sistem ini, sampah organik dari sekolah boleh dikitar semula untuk kegunaan semula tanaman dan sayuran.

“Kelestarian ini bukan hanya meliputi penjagaan alam sekitar bahkan juga merangkumi aspek pendidikan, sains dan keusahawanan,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok