Shukri merasmikan MSU Modest Selangor Runway 2023 – Charm of Nusantara yang diadakan di CentralWalk i-City pada November lalu di Shah Alam.
Shukri merasmikan MSU Modest Selangor Runway 2023 – Charm of Nusantara yang diadakan di CentralWalk i-City pada November lalu di Shah Alam.

MSU semarak industri kreatif, fesyen

26 Dec 2023 10:51am
A
A
A

Management and Science University (MSU) melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA) bekerjasama dengan i-City menyemarakkan bidang keusahawanan dan industri kreatif dengan menganjurkan acara pertunjukan fesyen MSU Modest Selangor Runway 2023 – Charm of Nusantara.

Pertunjukan fesyen ini telah berlangsung di CentralWalk i-City pada November lalu turut menyaksikan kolaborasi di antara MSU dan jenama hijab terkemuka, Bawal Exclusive menerusi sentuhan kreativiti daripada 12 pereka fesyen muda universiti itu.

MSU dalam satu kenyataan memaklumkan, penganjuran acara itu merupakan platfom untuk mengetengahkan bakat serta kreativiti pereka fesyen muda bagi program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma Rekaan Fesyen MSU di pentas peragaan sebenar.

“Industri kreatif khasnya bidang fesyen merupakan antara penyumbang utama kepada sektor ekonomi negara. Institusi pengajian tinggi berperanan melahirkan ramai pereka berdaya saing dalam industri fesyen negara dan antarabangsa,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan baru-baru ini.

Antara fesyen rekaan pelajar MSU yang diperagakan sempena MSU Modest Selangor Runway 2023 – Charm of Nusantara.
Antara fesyen rekaan pelajar MSU yang diperagakan sempena MSU Modest Selangor Runway 2023 – Charm of Nusantara.

Pentas peragaan itu turut mendapat sentuhan UEDA College of Fashion, Osaka, Jepun yang menampilkan rekaan berkonsepkan Hijab Collection X MSU Alumni; Nusantara Menswear serta Nusantara Womenswear X Bawal Exclusive.

Hadir pada majlis pelancaran program itu ialah Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid; Pengerusi i-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong; President UEDA College of Fashion, Hitoshi Tajima; Naib Presiden Kanan Hubungan Industri dan Keusahawanan, Professor Dr Abdul Jalil Ghazali; Naib Presiden Kanan Endowmen dan Komunikasi, Datuk Rosli Yusof serta Dekan SHCA, Azizul Jamaludin.

Turut diadakan ialah sumbangan RM3,000 oleh SHCA kepada Yayasan MSU sebagai sebahagian daripada penerapan budaya 2G (Giving and Grateful) dalam kalangan pelajar dan kakitangan.

Artikel Berkaitan:

MSU Modest Selangor Runway 2023 – Charm of Nusantara turut mendapat kerjasama Corporate Affairs Commerce Dot Com, Private Colour Academy, Bride Outlet, SD Advance Sdn Bhd, Abayafywamustafa.Co dan Noor Arfa Batik.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok