Muhammad Nasir (dua dari kanan) merasmikan Simposium Antarabangsa Rentasia 2023 di Muzium Kesenian Islam Malaysia baru-baru ini.
Muhammad Nasir (dua dari kanan) merasmikan Simposium Antarabangsa Rentasia 2023 di Muzium Kesenian Islam Malaysia baru-baru ini.

Muhammad Nasir dilantik sebagai Profesor Adjung UPNM

Pelantikan itu disifatkan penghormatan besar kepada dirinya dan Kumpulan Karangkraf

IZWAN ROZLIN
25 Oct 2023 10:20am
A
A
A

Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dilantik sebagai Profesor Adjung, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pelantikan berkenaan secara rasmi berkuat kuasa bermula 16 Oktober 2023 hingga 15 Oktober 2025. Muhammad Nasir ketika dihubungi berkata, pelantikan itu merupakan penghormatan besar bukan sahaja kepada dirinya bahkan kepada Kumpulan Karangkraf yang diterajuinya selepas empat dekad.

“Saya menganggap ini sebagai tanggungjawab besar untuk digalas selepas sekian lama berada di dalam industri media dan persuratkhabaran negara.

“Satu pengiktirafan juga kepada seluruh warga kerja Kumpulan Karangkraf, Sinar Harian dan anak syarikat yang bernaung di bawahnya,” katanya.

Muhammad Nasir yang juga bekas Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf berkata, pelantikan itu secara tidak langsung dapat mengukuhkan kerjasama antara UPNM dan Kumpulan Karangkraf.

“Sebelum ini saya pernah dijemput menyampaikan ceramah kepada mahasiswa UPNM serta terlibat beberapa program lain berkenaan integriti, sahsiah dan jati diri.

“Saya melihat ia sebagai jambatan untuk memberi sumbangan kepada mahasiswa UPNM berkenaan aspek kerjaya, penulisan dan akademik menerusi bahan ilmiah serta produk terbitan Kumpulan Karangkraf,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok