Program Nuansa Dian Ragenda yang berlangsung di Dewan Biduanda, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau berjaya tarik ratusan penonton.
Program Nuansa Dian Ragenda yang berlangsung di Dewan Biduanda, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau berjaya tarik ratusan penonton.

Nuansa Dian Ragenda tarik 500 penonton

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
08 Jan 2024 03:20pm

Kira-kira 500 penonton menyaksikan program Nuansa Dian Ragenda (NDR) di Dewan Biduanda, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau, baru-baru ini.

NDR yang dianjurkan Kelab kebudayaan Rembau Arts Generational Delegates (RAGENDA) universiti berkenaan merupakan program apresiasi seni tradisional dan moden yang menghimpunkan pelbagai bentuk bakat seni tarian, teater, persembahan muzik dan nyanyian dalam kalangan mahasiswa.

Program bertemakan Citra Hati itu berjaya menyentuh hati para penonton kerana menampilkan elemen-elemen berkaitan perasaan kasih dan sayang terhadap ibu bapa, rakan-rakan serta masyarakat.

Menurut penasihat RAGENDA, Muhammad Azril Izuan Ramlan, NDR adalah inisiatif warga kelab bertujuan memastikan apresiasi seni budaya dalam kalangan penuntut terus diangkat.

No Image Caption

“Kita mahu seni budaya Malaysia tidak dilupakan dan mendapat tempat di hati generasi muda, memandangkan arus pemodenan kian menghakis minat mereka terhadap aspek kesenian tempatan," ujarnya.

Sementara itu, ketua projek NDR, Latisha Anjalara berkata, beberapa cabaran perlu dilalui mereka sebelum program dua jam itu berlangsung.

"Cabaran tetap ada namun perbincangan dan tolak ansur semua pihak membuatkan program lancar.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai contoh, koreografi, busana, muzik, visual, audio, lampu dan skrip telah dilakukan dengan teliti dan rapi oleh mereka yang terlibat," katanya.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp