Peserta kursus sedang mempelajari kaedah dan tatacara pengurusan jenazah dengan betul dari segi syarak.
Peserta kursus sedang mempelajari kaedah dan tatacara pengurusan jenazah dengan betul dari segi syarak.

Pelatih GiatMara dalami ilmu sembelihan, urus jenazah

ROSHLAWATY MD RAIEH
05 Dec 2023 06:14pm
A
A
A

Kursus sembelihan dan pengurusan jenazah merupakan salah satu modul pembelajaran wajib dipelajari pelatih beragama Islam di Pusat GiatMara.

Sebagai contoh, Pusat GiatMara Kota Melaka, Melaka baru sahaja menganjurkan program sedemikian kepada pelatih mereka bagi memastikan proses penyembelihan haiwan dilakukan dengan cara Islamik berserta kaedah dan tatacara pengurusan jenazah diuruskan dengan betul dari segi syarak.

Program yang berlangsung di Madrasah Kampung Pengkalan Rama Pantai, Melaka itu melibatkan sekumpulan pelatih (kursus komputer dan jahitan) dari GiatMara Kota Melaka dan komuniti setempat.

Ia dianjurkan Badan Perwakilan Pelatih (BPP) GiatMara Kota Melaka Sesi Julai 2023, dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Madrasah Pengkalan Rama Pantai.

No Image Caption

Menurut Ketua BPP GiatMara Kota Melaka, Muhammad Akhbar, program itu memberi banyak manfaat kepada peserta kerana mereka diajar secara teori dan amali kaedah sembelihan menurut Islam serta cara pengurusan jenazah.

Manakala Pengerusi KRT Pengkalan Rama Pantai, Afham Mohd Sharif pula memberitahu, program itu memberi pendedahan kepada pelatih GiatMara agar dapat melaksanakan apa jua program kemasyarakatan bersama-sama komuniti setempat.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Seterusnya, Pengerusi Madrasah Pengkalan Rama Pantai, Kamarudin Mohd Yassin berkata, pihaknya menghargai usaha GiatMara dalam menjayakan program itu.

Beliau berharap lebih ramai pihak-pihak tertentu tampil ke depan dan menganjurkan program sedemikian sebagai usaha berkongsi ilmu kepada generasi muda.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok