Pasukan Rumah Kuning dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan SK Danau Kota 2.
Pasukan Rumah Kuning dinobatkan juara keseluruhan Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan SK Danau Kota 2.

Cara SK Danau Kota 2 alih perhatian murid

NURBAYA ABDUL REZAK
11 Dec 2023 07:30am
A
A
A

Mendepani cabaran globalisasi masa kini, memaksa kita untuk turut serta berjalan seiring peredaran zaman.

Peranti dan gajet adalah salah satu mekanisme yang berupaya mencengkam kebebasan kanak-kanak bersosial secara bersemuka dan bergaul secara sihat.

Atas dasar itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Kota 2, Kuala Lumpur, saban tahun berusaha menganjurkan Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan dan sudah pastinya penganjuran itu diharapkan menjadi pencetus semangat agar murid-murid berupaya mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Persaingan dalam pelbagai acara yang dipertandingkan itu juga diharapkan mampu mencetuskan semangat kesukanan yang tinggi.

Manisnya, penganjuran kejohanan kali ke-16 itu seiring tahun penubuhan sekolah pada tahun 2006.

Kejohanan ini juga turut dihadiri oleh Penolong Pengurus Korporat Yayasan CIMB, Abdul Rashid Abdul Rahman, selaku perasmi kejohanan pada tahun ini di samping Yang Dipertua PIBG SK Danau Kota 2, Dr Khairul Awang.

Artikel Berkaitan:

Pasukan Rumah Hijau bergambar kenangan dengan replika cek kemenangan mereka dalam Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan SK Danau Kota 2.
Pasukan Rumah Hijau bergambar kenangan dengan replika cek kemenangan mereka dalam Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan SK Danau Kota 2.

Sementara itu, Guru Besar SK Danau Kota 2, Hazizan Hussain berkata, pelaksanaan kejohanan ini berupaya mewujudkan persaingan yang kompetitif dan berupaya mencungkil bakat dalam melahirkan pelapis yang akan mewakili sekolah pada tahun hadapan.

"Ia juga memastikan pihak sekolah tidak ketandusan atlet-atlet yang berbakat dalam mengekalkan kecemerlangan dalam bidang sukan ini," katanya.

Kejohanan yang dihadiri oleh ibu bapa dan masyarakat setempat dan telah diadakan di padang sekolah dengan penuh meriah dan semangat kesukanan. Selain itu, beberapa buah sekolah sekitar SK Danau Kota 2 turut dijemput menyertai acara 4x100 meter dan pasukan Rumah Kuning dinobatkan johan keseluruhan bagi tiga tahun berturut-turut.

“Kami mengharapkan kejohanan olahraga ini akan terus dilaksanakan pada tahun hadapan, demi memastikan pembangunan murid yang holistik dan kemenjadian murid yang menyeluruh," kata Hazizan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok