Penuntut UiTM Cawangan Perak catat markah kedua tertinggi di dunia dalam FA1! Seluruh netizen bangga
Baru-baru ini, laman Facebook rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak telah berkongsi berita gembira di mana salah seorang penuntutnya telah meraih kejayaan luar biasa dalam bidang akademik sekali gus mengharumkan nama negara di mata dunia.
Julea Qiestyna Abu Zar, 19, iaitu mahasiswa Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Perak telah meraih markah tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia bagi kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1) Sesi Mac 2023.
Kehebatan anak kelahiran Kulai, Johor dalam pengajiannya itu secara tidak langsung mendapat perhatian seluruh masyarakat dan rata-ratanya menghadiahkan ucapan tahniah di Facebook berkenaan.
Menerusi hantaran yang dibuat, Sinar Bestari mendapati lebih 12,000 tanda suka, 1,400 komen dan 2,800 perkongsian telah diberikan kepada Julea Qiestyna di atas kejayaan membanggakan itu.
Antara ucapan yang sempat di petik daripada warganet untuk Julea Qiestyna adalah
Nelly Atan: Alhamdulillah, tahniah.
Rosaniah Muhiddin: Alhamdulillah, tahniah anak muda.
Ubadah Shamit: Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih UiTM kerana membawa profesional jurusan ACCA ini kepada anak-anak bumiputera.
CikYus Omar: Terbaik anak muda.
Ammar Fikri Fikri: Terbaik
Kepada Julea Qiestyna, kami di portal pendidikan Sinar Bestari ingin mengucapkan syabas atas kejayaan tersebut.
Semoga dengan kecemerlangan ini, akan lebih ramai pelajar dan mahasiswa terinspirasi dengan kehebatan anak jati dari Johor ini.