Zaliman berkata, geran itu diperoleh menerusi projek berimpak tinggi bertajuk Conceptual Framework for Short-Range AESA Radar in Malaysian Operational Environment: Antenna Arrays, Propagation Dynamics and Intelligent Target Processing.
Zaliman berkata, geran itu diperoleh menerusi projek berimpak tinggi bertajuk Conceptual Framework for Short-Range AESA Radar in Malaysian Operational Environment: Antenna Arrays, Propagation Dynamics and Intelligent Target Processing.

Penyelidik UniMAP ketuai penyelidikan untuk keperluan pertahanan negara

07 Oct 2025 10:25am

Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengetuai projek penyelidikan berkaitan radar pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk keperluan pertahanan negara menerusi dana penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) Tahun 2025 bernilai RM800,000.

Naib Canselor UniMAP, Datuk Profesor Dr Zaliman Sauli berkata, subprojek di bawah rangka program LRGS itu dilaksanakan Profesor Madya Dr Muzammil Jusoh dari Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektronik bersama-sama Profesor Madya Dr Huda A Majid dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Profesor Madya Dr Zaid Omar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Zaliman berkata, geran itu diperoleh menerusi projek berimpak tinggi bertajuk Conceptual Framework for Short-Range AESA Radar in Malaysian Operational Environment: Antenna Arrays, Propagation Dynamics and Intelligent Target Processing.

"Ia memberikan tumpuan kepada pembangunan sistem radar Active Electronically Scanned Array (AESA) julat pendek berasaskan AI untuk keperluan pertahanan negara yang merangkumi tiga komponen utama iaitu pembangunan reka bentuk AESA antena, pemodelan penyebaran gelombang radar dalam persekitaran tropika dan pengecaman sasaran berasaskan AI," katanya dalam kenyataan.

No Image Caption

Majlis penyerahan geran disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang diadakan bersempena Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia 2025 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan baru-baru ini.

Dalam kenyataan sama, Muzammil berkata, tiga projek utama rangka penyelidikan itu ialah Teknik Pembangunan Reka Bentuk AESA Antena dengan Julat Pendek, Pemodelan Empirikal Penyebaran Radar dalam Keadaan Maritim Tropika serta Pengesanan dan Pengelasan Objek Pintar Menggunakan Radar AESA Berasaskan AI.

Artikel Berkaitan:

"Tiga projek ini dijangka menghasilkan masing-masing enam penerbitan berindeks tinggi, pembangunan sumber manusia pelajar pascasiswazah dan hak cipta melalui inovasi dalam reka bentuk antena, simulasi radar dan algoritma kecerdasan buatan," katanya.

No Image Caption

Beliau berkata, projek itu disokong Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) serta menjalinkan kerjasama strategik dengan Mindmatics Sdn Bhd, menjadikan penyelidikan tersebut lebih berdaya guna dalam konteks pembangunan radar nasional dan industri pertahanan tempatan. - Bernama

 

 

Ringkasan AI

  • Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memimpin projek penyelidikan radar pintar AI dengan dana RM800,000 dari KPT
  • Projek berimpak tinggi bertajuk Conceptual Framework for Short-Range AESA Radar in Malaysian Operational Environment menyertai UniMAP, UTHM, dan UTM
  • Fokus kepada pembangunan sistem radar AESA berasaskan AI untuk pertahanan negara merangkumi pembangunan antena AESA, pemodelan gelombang radar, dan pengecaman sasaran AI
  • Majlis penyerahan geran oleh Menteri Pendidikan Tinggi di USIM, Negeri Sembilan
  • Projek disokong TLDM dan STRIDE dengan kerjasama strategik Mindmatics Sdn Bhd, dijangka menghasilkan penerbitan, pembangunan sumber manusia, dan hak cipta
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp