Lawatan terhadap penghuni penjara boleh dilakukan pada 12 dan 13 Februari.
Lawatan terhadap penghuni penjara boleh dilakukan pada 12 dan 13 Februari.

Tahun Baharu Cina: Kebenaran ziarah penghuni penjara

05 Feb 2024 04:19pm

Keluarga semua penghuni penjara dibenar membuat lawatan perjumpaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 12 hingga 13 Februari ini.

Jabatan Penjara dalam kenyataan memaklumkan, lawatan itu melibatkan Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney dengan keutamaan diberi kepada penghuni kaum Cina sahaja.

“Terdapat dua kaedah perjumpaan iaitu secara bersemuka dan secara dalam talian (panggilan video) di mana kaedah dalam talian akan dilaksanakan selama tiga hari bermula 14 hingga 16 Februari ini.

"Manakala pelawat yang memilih kaedah bersemuka perlu mematuhi syarat antaranya waktu lawatan bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang, membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sampel dan tidak bergejala serta perlu membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.

"Selain itu, pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman serta tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan Jabatan Penjara,” ujar kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Penjara turut memaklumkan lawatan perjumpaan hanya dibenarkan kepada pelawat yang membuat janji temu menerusi tempahan iaitu Sistem i-Visit di www.prison.gov.my, panggilan telefon dan e-mel atau surat ke institusi berkenaan.

"Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat dan mereka perlu menghubungi institusi berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut,” jelas kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp