No Image Caption

Permohonan Biasiswa IPT (Lepasan STPM) Yayasan Pahang dibuka hingga 29 September ini

21 Sep 2023 03:45pm



Kerajaan Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon biasiswa institut pengajian tinggi (IPT) YP kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di negeri berkenaan.

Biasiswa yang ditawarkan itu bertujuan membantu mana-mana pelajar Pahang yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di IPT awam sahaja di dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan dan yang diluluskan oleh YP.

Kepada anak-anak Pahang yang ingin memohon biasiswa berkenaan, terdapat beberapa kelayakan yang perlu dipatuhi iaitu;

1) Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:

a. Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang; ATAU

b. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun serta berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim.

c. Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.

2) Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM 2022 dengan memperolehi keputusan 4A atau 3A (A/A-).

Artikel Berkaitan:


3) Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40.

- B40 – Pendapatan isi rumah keluarga RM4,850/bulan dan ke bawah

- M40 – Pendapatan isi rumah keluarga antara RM4,851–RM10,970/bulan.

5) Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

Bagi cara memohon pula, lepasan STPM perlu membuat permohonan secara dalam talian serta dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang YP www.yp.org.my dengan memilih ikon BISPEN atau di pautan sispen.yp.org.my/bispen sebelum atau pada 29 September ini.

Untuk info, borang permohonan wajib dicetak dan ditandatangani oleh pemohon dan seterusnya diemailkan kepada pinjaman@yp.org.my

Salinan kad pengenalan, surat beranak dan slip gaji pemohon, ibu dan bapa perlu dibuat palang dengan menulis ‘UNTUK KEGUNAAN YP SAHAJA’ sebelum dimuatnaik agar tidak disalahgunakan.

Akhir sekali, menariknya biasiswa ini kadar penajaan elaun sara hidup sebanyak RM3,000 setahun akan diberikan kepada pemohon yang layak.

Semoga berjaya semua!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp