Muhamad Zohadie (kanan) dinobatkan sebagai penerima Anugerah MSAE 2023 kategori Anugerah Profesional Terbilang baru-baru ini.
Muhamad Zohadie (kanan) dinobatkan sebagai penerima Anugerah MSAE 2023 kategori Anugerah Profesional Terbilang baru-baru ini.

Pro Canselor UPM terima Anugerah MSAE 2023

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
06 Apr 2023 01:53pm

Pada Konvensyen Kebangsaan Kejuruteraan Pertanian dan Makanan (NAFEC) 2023 di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini, Pro Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Emeritus Datuk Dr Muhamad Zohadie Bardaie dinobatkan penerima Anugerah Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE) 2023 kategori Anugerah Profesional Terbilang.

Menurut Muhamad Zohadie, anugerah yang diterima itu begitu bermakna sepanjang penglibatannya dalam bidang tersebut.

Katanya, bidang kejuruteraan pertanian adalah penting pada masa kini sejajar dengan isu keterjaminan makanan dan kewujudan pelbagai teknologi baharu.

“Pada masa ini, sektor pertanian perlu mengambil peluang menggunakan teknologi baharu antaranya dron, kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya untuk menjadikan pengurusan pertanian menjadi mudah serta diminati ramai,” ujarnya yang merupakan Presiden MSAE yang pertama dan juga Naib Canselor UPM ke-4.

Muhamad Zohadie menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Tuan Chan Foong Hin.

No Image Caption

Difahamkan, NAFEC 2023 merupakan anugerah yang julung kali diperkenalkan bagi menghargai penglibatan serta sumbangan individu dalam bidang kejuruteraan pertanian dan makanan.

Dalam perkembangan lain, MSAE telah memperkenalkan Anugerah Tesis Terbaik MSAE Tahun 2022 bagi memberi pengiktirafan kepada graduan bacelor (ijazah), sarjana (master) dan doktor falsafah (PhD) yang telah memperkasakan kajian dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan pertanian serta makanan.

Artikel Berkaitan:

Anugerah Tesis Terbaik MSAE 2022 kategori bacelor dianugerahkan kepada Wan Muhamad Baqir Mahdi dengan tajuk tesis ‘Automatic Paulownia Tree Counting Using Images Taken From The UAV And Template Matching Technique’.

Manakala kategori master diberi kepada Puteri Nurain Megat Ahmad Azman dan kategori PhD dimenangi Dr Maimunah Mohd Ali.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp