No Image Caption

RM3 juta diperuntukan UMT untuk perkasakan bidang penyelidikan

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
13 Jul 2023 11:17am
A
A
A



Penyelidikan bagi mencari potensi khusus berkaitan bidang kepakaran sedia ada menjadi fokus utama Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Justeru, bagi memperkasa perkara tersebut, dana bagi penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasinya (RDCI) dinaikkan kepada RM3 juta.

Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar, segala penemuan baharu hasil penyelidikan dan inovasi perlu dikembangkan ke peringkat seterusnya agar boleh dimanfaatkan.

"Para penyelidik UMT seharusnya bergerak ke arah pengkomersilan yang merangkumi produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan di mana harta intelek didaftarkan dapat diterjemahkan kepada pengkomersilan yang memberi nilai tambah penjanaan kepada universiti, masyarakat dan industri,” katanya semasa Majlis Apresiasi Penyelidikan dan Inovasi 2023 (MAPI2023) di kampus tersebut pada 10 Julai.

Majlis tersebut diadakan bagi mengiktiraf, meraikan serta menghargai 311 orang penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang cemerlang sebagai penerima anugerah.

Dalam pada itu, Dr Mazlan menambah, kampus tersebut telah berjaya melangkaui prestasi kelompok universiti yang kurang daripada 15 tahun usia penubuhan.

“UMT juga telah berjaya mencapai lima bintang dalam penarafan SETARA untuk Emerging University (15 tahun ke atas penubuhan). Alhamdullilah, kita telah mendapat enam bintang pada tahun 2021.

“Ini semuanya hasil daripada komitmen dan kerjasama warga universiti cemerlang,” tutur beliau.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok